Syarikat tambang murah terkenal, AirAsia, memperkenalkan Fast Airport Clearance Experience System (FACES), sistem pengecaman wajah dan pintu perlepasan sendiri seterusnya menjadikan syarikat itu sebagai syarikat penerbangan pertama yang menawarkan perkhidmatan tersebut.

Fb AirAsia

FACES ialah satu teknologi pengecaman wajah untuk mengenal pasti pengguna yang telah berdaftar di pintu perlepasan sendiri, membolehkan mereka menaiki penerbangan mereka tanpa perlu mengemukakan sebarang dokumen perjalanan.

“Lapangan terbang kadang-kala menyulitkan proses sebelum penerbangan. Jadi FACES menandakan usaha terbaru kami untuk menjadikan pengalaman sebelum penerbangan lebih lancar menggunakan teknologi biometrik yang canggih untuk mengesahkan identiti para tetamu. Dengan FACES, wajah anda adalah pasport anda, jadi menaiki penerbangan lebih mudah dan lancar,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bersama AirAsia X, Tan Sri Tony Fernandes.

thevocket.com

Terdahulu, Lapangan Terbang Senai telah mula menggunakan sistem Faces dan kini AirAsia bercadang untuk memperkenalkan sistem tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan KLIA2 pula, lapor mStar.

Difahamkan, sistem pengecaman wajah itu disediakan untuk pengguna berusia 18 tahun ke atas dan hanya perlu daftar sekali sahaja selagi dokumen perjalanan masih sah. Tetapi, anda perlu mendaftar semula jika dokumen perjalanan atau pasport anda telah tamat tempoh.

Sumber: Harian Metro