Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia, bakal memansuhkan bayaran pemprosesan bagi pelanggan mereka yang membuat bayaran sama ada menerusi perbankan dalam talian dan kad kredit mulai bulan Oktober ini.

Gambar sekadar hiasan

“Kami (akan) masih mempunyai beberapa caj untuk memacu trafik kepada kaedah lebih murah, lebih selamat dan kurang penipuan. Tetapi akan terdapat juga kaedah tanpa sebarang bayaran,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Tony Fernandes.

Dia mengumumkan perkara tersebut di laman sosial Twitter menerusi dua hashtag, iaitu #technologyrules dan #makingairfaresaffordable.

Gambar sekadar hiasan

Untuk pengetahuan anda, bayaran pemprosesan AirAsia bermula pada kadar RM4 jika anda menggunakan debit terus dan boleh meningkat sehingga RM16 dengan UnionPay.

Walau bagaimanapun, jika pelanggan memilih untuk membuat pembayaran menggunakan aplikasi e-dompet AirAsia iaitu BigPay, tiada bayaran pemprosesan dikenakan.

Sumber: Harian Metro & Bernama