Baru-baru ini, syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia telah membuka laluan baru ke Phu Quoc, Vietnam terus dari Kuala Lumpur, Malaysia.

Phu Quoc mempunyai keindahan landskap semulajadi yang sungguh indah seperti hutan hijau, pantai yang jernih dan gunung-ganang yang tinggi.

Untuk pengetahuan anda, AirAsia menjadi syarikat pertama yang melancarkan laluan baru terus dari Kuala Lumpur ke Phu Quoc, Vietnam di samping dapat mengukuhkan lagi hubungan Asean dengan empat kali penerbangan seminggu.

Menurut Ketua Komersial AirAsia Malaysia, Spencer Lee, memberitahu bahawa AirAsia begitu berbesar hati menjadi syarikat penerbangan pertama yang melancarkan laluan terus dari Kuala Lumpur ke Phu Quoc.

“Para pelanggan AirAsia boleh terbang terus ke Phu Quoc melalui Kuala Lumpur dari 20 buah bandar di 10 buah negara, termasuklah China, India, Australia, Indonesia, Jepun, Korea, Filipina, Thailand, Singapura dan Malaysia,” ujarnya.

Sempena meraikan perasmian tersebut, AirAsia menawarkan harga istimewa dari Kuala Lumpur ke Phu Quoc serendah RM90 bermula 8 Ogos hingga 19 Ogos 2018 untuk tempoh perjalanan antara 2 November 2018 dan 29 Mac 2019.

Sumber: The Vocket