Kita sedia maklum bahawa syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia, sentiasa memberi ganjaran lebih untuk pelanggannya dan terbaru, mereka menawarkan lima juta tempat duduk promosi terutama ahli AirAsia BIG pergi ke lebih 130 destinasi dalam rangkaian AirAsia dan AirAsia X.

Menurut kenyataan pada Sabtu lalu, ahli AirAsia BIG bakal menikmati lebih banyak faedah seperti diskaun segera apabila menempah penerbangan di laman web rasmi syarikat tersebut atau melalui aplikasi AirAsia.

Gambar sekadar hiasan

Difahamkan, tambang tempat duduk promosi termasuk semua bagi anggota bermula daripada RM15 untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke pelbagai destinasi menarik, termasuk Kuantan, Johor, Langkawi, Silangit – Danau Toba, Phu Quoc, Hua Hin dan Phuket.

“Anggota AirAsia BIG boleh menikmati akses lebih awal untuk promosi ini bermula 2 September 2018 hingga 9 September 2018. Tempahan boleh dibuat di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia untuk tempoh perjalanan antara 18 Februari 2019 dan 26 November 2019,” menurut syarikat penerbangan itu.

Malah, ahli yang terbang dengan AirAsia X juga boleh menikmati tambang tempat duduk promosi termasuk semua untuk anggota daripada serendah RM159 dari Kuala Lumpur ke Bali, Jeju, Seoul, Osaka, Amritsar, Sydney, Melbourne dan Hawaii.

Walau bagaimanapun, untuk bukan ahli AirAsia BIG, anda masih boleh menikmati promosi tempat duduk dengan harga bermula dari RM20 pada 3 September(hari ini) hingga 9 September 2018.

Sumber: mStar