Masyarakat zaman sekarang ini mudah terpengaruh dengan lambakan supplemen makanan dan minuman kesihatan yang dijual di laman sosial tanpa memikirkan kesan yang bakal dihadapi nanti.

Seorang ahli seni dari Kanada cuba melakukan eksperimen di festival jalanan Vancouver untuk menyampaikan mesej bahawa tak semua makanan atau minuman yang dikatakan memberi manfaat kesihatan itu wajib dibeli.

mynewshub.cc

Ketua pegawai eksekutif Hot Dog Water, Douglas Bevans, menjual beberapa botol air sosej tidak ditapis berharga C$50 (RM151) di Festival Hari Tanpa Kereta.

Air sosej dijual itu sebenarnya adalah air yang digunakan untuk memasak sosej tetapi Douglas mendakwa air tersebut boleh menurunkan berat badan, kelihatan muda dan meningkatkan fungsi otak.

mynewshub.cc

“Protein daripada Hot Dog Water membantu badan anda menyerap kandungan air, sodium dan semua yang diperlukan selepas melakukan senaman,” katanya.

Apa yang mengejutkan, terdapat ramai orang yang terpengaruh dengan air sosej tersebut tetapi beberapa orang tahu bahawa ia adalah palsu.

Air itu dihasilkan sebagai contoh betapa mudahnya untuk menyalahguna pemasaran kesihatan kepada umum seterusnya menjual produk yang boleh memudaratkan kesihatan.

Sumber: mStar