Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, bayi berusia 10 bulan yang menjalani pembedahan di United Kingdom (UK) terus menunjukkan perkembangan kesihatan yang positif apabila berat badannya semakin bertambah.

Dikongsikan oleh bapanya sendiri, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, di laman sosial Facebook sambil memaklumkan kemungkinan bayinya itu dapat dibawa pulang ke tanah air susulan perkembangan berkenaaan.

“Assalamualaikum semua, setiap hari berat badan Ainul naik. Doktor cakap kalau setiap hari menunjukkan perkembangan yang positif, Ainul boleh balik,” katanya. Ahmad Safiuddin juga berkongsi gambar Ainul yang menunjukkan perkembangan positif susulan dari pembedahan yang telah dijalaninya.

“Mudah-mudahan segara Ainul boleh balik dengan kesembuhan secara total,” kata pengguna akaun Faceebook, Khairil Khider.

“Alhamdulillah..semoga Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin segera sembuh sepenuh nya dan perjalanan Ainul kembali ke Malaysia dipermudahkan Allah. Satu Malaysia tidak sabar menunggu kepulangan Ainul,” kata Amy Zuraidah.

“Alahaii comelnya kamu Sayang…. Alhamdulillah, Ainul sudah semakin sihat. Semoga membesar dengan baik dan sentiasa dalam lindungan Allah,” Syafikah Ismail.

Sumber: BH Online