Bayi menghidap kanser mulut ‘Germ Cell Tumor’, Ainul Mardhiah, bakal berlepas ke London bersama kedua ibu bapanya pada malam ini untuk menjalani pembedahan bagi merawat penyakit yang dihadapi anak kecil itu.

Dua urusan penting diselesaikan bapa Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24 tahun, semalam sebagai persiapan terakhir sebelum bertolak ke London esok.

bharian.com.my

Difahamkan, dia mempunyai dua urusan penting yang perlu diselesaikan segera sebelum bertolak ke sana berikutan tempoh semakin suntuk.

“Dua perkara penting lagi perlu diselesaikan hari ini,” katanya semalam dan tidak menceritakan dua urusan tersebut secara terperinci.

Keluarga Ainul Mardhiah sibuk menyelesaikan urusan akhir proses perjalanan ke London malah Safiuddin masih menerima sumbangan bekalan air zam-zam untuk kegunaan anak perempuannya sepanjang menerima rawatan di London nanti.

Air itu disedekahkan ‘Hamba Allah’ selepas Ahmad Safiuddin memuat naik status di Facebooknya bertanya servis penghantaran air zam-zam rumah di kawasan Shah Alam dan Klang, tengah hari kelmarin.

Terdahulu, pakar bedah warga Malaysia berpangkalan di United Kingdom(UK), Dr Nur Amalina Che Bakri, bersama kumpulan pakar di negara berkenaan bersedia membuat pembedahan terhadap Ainul Mardhiah dengan kos rawatan dianggarkan lebih RM1,000,000.

Sumber: Harian Metro