Susulan keputusan hasil dari Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 semalam, Pakatan Harapan (PH) memenangi sebanyak 121 kerusi Parlimen terdiri daripada 104 kerusi dimenangi oleh PKR, DAP (9) dan Warisan (8).

Dalam sidang media terbaru, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V akan membuat keputusan siapa yang bakal dilantik oleh Tuanku sebagai perdana menteri kerana tiada parti yang menang secara simple majoriti.

thevocket.com

“Mengikut perlembagaan, pelantikan ini berdasarkan keputusan Yang di-Pertuan Agong dan ia berdasarkan prinsip siapa yang mendapat kepercayaan di kalangan Ahli Dewan Rakyat,” jelasnya yang menghormati apa jua keputusan Yang di-Pertuan Agong.

Sumber: mStar