Penantian Adam Corrie Lee dan isteri, Fazeema Mohd Fuad, menunggu cahaya mata sulung berakhir apabila isterinya telah selamat melahirkan anak sulung mereka semalam.

Terpancar cahaya kegembiraan di wajah Adam Corrie apabila pertama kali menimang cahaya mata sulungnya yang digelar #BabyLee di laman Instagram.

“Alhamdulillah. Bidadari saya sudah selamat melahirkan BabyLee tadi. Jutaan terima kasih yang mendoakan kesejahteraan kami,” tulisnya.

Alhamdulillah ❤️ #adamcorrie #babyLee #adamfazi❤️

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on

Selain itu, warga laman sosial tersentuh hati melihat Adam Corrie mengalunkan bacaan zikir sambil menggosok perlahan dada anaknya dengan penuh kasih sayang.

Ramai warga laman sosial mengucapkan tahniah kepada pasangan suami isteri itu sambil mendoakan yang terbaik buat anak sulung mereka. Tahniah Adam Corrie!

Sumber: IG Adam Corrie Lee