Pelawak terkenal Achey tidak membenarkan isterinya, Nor Hasanah Yahaya memeriksa kandungan telefon bimbitnya selama sebulan.

Dia melakukan sebegitu kerana bimbang isterinya akan menghidu kejutan yang bakal diadakan.

“Hampir sebulan saya tak benarkan isteri pegang telefon bimbit. Saya ada beritahu sebabnya, dia juga tahu yang saya ada nak buat kejutan hari jadi untuknya”

“Tapi dia tak tahu surprise yang saya rancangkan”, katanya.

IG Achey

IG Achey

Achey membuat kejutan itu sempena menyambut ulang tahun kelahiran isterinya yang ke 28 tahun.

Isterinya dihadiakan sebuah kereta mewah terpakai jenis Audi TT sebagai tanda penghargaan dan usaha keras isteri menguruskan kerjayanya selama lima tahun dalam industri.

Sumber: mStar