Isu beg pecah dek kerana kecuaian pekerja syarikat penerbangan memang tak asing lagi di Malaysia.

Kali ini Dato AC Mizal telah terkena nasib yang sama. Isterinya, Datin Emylia Rosnaida berkongsi dalam Instagram situasi yang menimpa mereka berdua.

IG Emylia Rosnaida

Dia benar-benar marah dan kecewa dengan pihak Air Asia yang gagal menyelesaikan masalah. Malah mereka terpaksa mencari beg pakaian yang baru kerana yang sedia ada telah pecah.

IG Emylia Rosnaida

Bagi mendapatkan ganti rugi, mereka perlu membawa beg itu semula pulang ke Kuala Lumpur Nanti.

Ramai juga netizen meluahkan rasa kekecewaan tentang perkhidmatan Air Asia yang masih belum lagi di upgrade menjadi lebih baik.

Harap-harap Air Asia mengambil langkah yang cepat untuk menyelesaikan masalah ini. Baru lah kena dengan moto ‘Now Everyone Can Fly’.

Sumber: Cari.Com