Anak kepada pelakon terkenal satu ketika dulu, Abby Abadi dan Norman Hakim, iaitu Mohamad Danish telah dihantar ke sekolah tahfiz sejak berumur 11 tahun itu bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang hafazan di Turki tak lama lagi.

Abby berkongsi video Danish mengalunkan bacaan Al-Quran di laman Instagram semasa dia membuat majlis doa selamat dan kesyukuran semalam.

ISLAM SuperHero ♥️ . Hazrat Jabir r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “ALQURAN adalah pemberi syafaat yang syafaatnya diterima sebagai pembela yang pembelaannya dibenarkan. Sesiapa yang meletakkan ALQURAN di hadapan, ALQURAN akan membawanya ke syurga, sesiapa meletakkan ALQURAN di belakang maka ALQURAN akan mencampakkannya ke dalam neraka.” (Riwayat Ibnu Hibban dan Hakim) . PS: Alhamdullillah. Abg Danish ??? Kita nampak, Danish mcm nerbes tadi, tu pasal laju hihi… Tapi Confident level sangat hebat bang. Menitis airmata Mama tadi dgn bacaan Abang. Teruskan. Nak mic Mama belikan mic dah tu.. jadi lepas ni ngaji selalu & sedap2 tau hehee . Oklah, Selamat Malam semua. Sambung nanti bile free. Ngantuk sudah. Love U all Lillah ??

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Ramai yang sebak apabila mendengar Danish membaca ayat Al-Quran kerana Abby memuatnaik video tersebut dengan perasaan sebak.

Siapa yang tak sebak dan gembira apabila anak kesayangan pandai mengalunkan bacaan ayat suci itu di khalayak ramai. Mesti sejuk perut Abby.

Selain itu, ramai peminat Abby mengucapkan tahniah kepadanya atas kejayaan anaknya yang dapat melanjutkan bidang hafazan ke peringkat lebih tinggi dan tak kurang juga yang turut berasa sebak apabila mendengar alunan bacaan surah daripada Danish.

Semoga kita boleh menjadikan mereka sebagai contoh yang baik dalam mendidik anak hingga menjadi seorang pelajar tahfiz yang berjaya satu hari nanti.

Sumber: IG Abby Abadi