Sebelum ini, Abby Abadi baru saja mengambil anak angkat lelaki kira-kira sebulan yang lalu, dan kini dia mengambil anak angkat perempuan berusia seminggu yang dinamakan sebagai Maisara Dayana Fathia.

“Assalamualaikum. Selamat Pagi. Kita ada berita gembira nak kongsi pagi ni. Kita dah ada baby “kembar tak seiras” dan “kembar tak sebulan”,” ujarnya.

Menurutnya, dia bersyukur kerana Tuhan mengizinkan dirinya dan suami menjadi ibu bapa angkat kepada bayi-bayi dijaganya itu. Abby turut meminta orang ramai doakan yang terbaik untuk keluarganya.

Sememangnya Abby mengimpikan untuk memiliki anak kembar dan dia bersyukur kerana doanya dimakbulkan Tuhan. Semoga murah rezeki Abby Abadi sekeluarga kerana sentiasa menolong orang lain.

Sumber: IG Abby Abadi