Abam Bocey, pelawak dan juga pelakon mengingatkan orang ramai yang sedang mencuba atau mempunyai keinginan untuk menurunkan berat badan untuk tidak berputus asa dan sentiasa memberi motivasi kepada diri.

Bagi Abam juga, dia seorang manusia yang mempunyai selera yang kuat sehingga membuatkan dia sering makan secara berlebihan.

Gambar : Fb Abamboceyofficial

“Alhamdulillah, saya harap proses penurunan berat badan saya ini akan terus berjaya sehingga mencapai berat 100 kilogram pada hujung tahun ini. Sebagai seorang manusia, saya juga kadang-kadang tergelincir juga bila tengok orang makan dan itu membuatkan saya juga turut makan secara berlebihan.” Kata Abam.

“Namun, apa yang saya boleh katakan mengenai diet ialah bila kita ‘telanjur’ dan ‘curang’, kita harus balik semula pada tujuan asal kita untuk kurus dan itu akan membuatkan kita kuat semula.”

“Walaupun proses yang saya lalui ini bukan mudah, namun ia memberi kesan pada kesihatan serta memudahkan aktiviti harian saya,” katanya pada Gempak.

Gambar : Fb Abamboceyofficial

Selain daripada itu, Abam kini muncul di dalam rancangan Super Spontan (SSX) pada setiap Jumaat pukul 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Warna HD (124)

SSX membentuk dua kumpulan bertemakan “Tukang Masak” iaitu Kumpulan Sotong Kangkung yang membawa imej “Tukang Masak Jalanan” dan Kumpulan Lobster Leleh yang membawa imej “Tukang Masak Di Hotel”.

Buat julung kalinya penonton akan menyaksikan pertukaran sistem pemarkahan di dalam program ini dimana 50% markah dari barisan juri dan lagi 50% markah lagi adalah dari undian penonton.

Barisan juri yang akan mengkritik dan memberi markah kepada setiap kumpulan adalah Datuk Afdlin Shauki dan Adibah Noor serta seorang juri jemputan.

Sumber: Awani