Lambakan durian dijual pada harga murah kini menarik perhatian orang ramai yang mengambil peluang ini untuk membelinya dalam kuantiti yang banyak.

Walau bagaimanapun, anda perlu berhati-hati semasa memilih durian agar tidak ditipu penjual dan menjamin kesedapan durian yang dipilih.

Gambar sekadar hiasan

Seorang pengguna Facebook, Azlan Noor, berkongsi tips bagaimana untuk mengenalpasti jenis durian yang mempunyai isi lemak manis dan mengelak daripada membeli durian yang tidak elok.

1. Bentuk

Durian berbentuk bulat mempunyai isi yang banyak berbanding bentuk lonjong.

2. Berat

Makin ringan, makin banyak isi durian. Ambil durian paling ringan jika ada dua durian yang sama saiz.

3. Tangkai

Tangkai pendek dan tebal menandakan isi yang tebal dan banyak. Perhatikan juga tangkai kering atau terpotong. Tekan tangkai guna kuku untuk memastikan tangkai baru atau lama. Jangan beli durian yang tiada tangkai.

4. Bunyi

Ketuk durian dan pilih yang berbunyi padat semasa diketuk.

5. Duri

Pilih durian yang berduri pendek dan jarang untuk isi yang padat.

6. Bau

Hidu durian dan cari yang berbau manis.

7. Juring

Durian berjuring lima paling ideal untuk dapatkan isi yang banyak dan besar. Semakin banyak juring, semakin kecil isi.

8. Kulit

Pilih durian yang belum dikopek atau tidak merekah kulitnya. Perhatikan keadaan kulit. Jika ada tompok hitam, itu tanda isi dalamnya buruk.

9. Warna

Minta penjual belah durian dipilih untuk anda rasa dan lihat isi durian. Minta tukar jika tidak okay. Kulit berwarna kuning tak bermakna isinya juga kuning.

Sumber: Fb Azlan Noor