Perintah menunaikan solat adalah tetap dan tidak berubah. Maksudnya, tidak kira di mana seseorang itu berada, dia diwajibkan mendirikan solat yang telah difardukan ke atasnya sama ada wanita mahupun lelaki. Namun begitu, menunaikan solat bukanlah sesuatu yang sukar kerana pada masa kini, ruang menunaikan solat seperti surau boleh didapati di kebanyakan tempat awam.

Bagi kaum wanita, solat di surau yang disediakan dalam pusat beli belah atau tempat awam merupakan antara perkara yang amat mencabar terutamanya ketika ‘peak hour’ kerana surau wanita kebiasaannya bersaiz kecil dan tidak mampu menampung jumlah jemaah yang ramai.

Berikut adalah 9 adab yang perlu diikuti ketika menggunakan surau supaya surau kekal bersih dan selesa.

1) Letak Kasut Dengan Teratur.

Letak kasut di rak yang disediakan sebelum masuk surau. Rak kasut kukuh lagi canggih, tapi kita tetap nak letak dekat depan pintu kan? Ya lah, nak cepat tapi sesungguhnyaa tak sampai berapa saat pun untuk ambil kasut dan letak atas rak cantik tu. Apabila anda meletakkan kasut merata di depan itu, ia akan mengacau laluan untuk masuk ke surau dan juga membuatkan surau nampak bersepah dan tidak teratur.

2) Simpan Ruang Solat.

Jangan simpan ruang solat anda dengan meletakkan tas tangan, dan beg shopping atas sejadah. Beri laluan kepada siapa yang sudah berwudhu’ dulu yang ingin solat. Tidak adil jika anda ingin simpan ruangan anda dan anda melengahkan masa dengan pergi mengambil wudhu’ atau membuang mekap anda. Seeloknya cari ruang solat apabila anda sudah mempunya wudhu’ dan bersedia untuk solat.

3) Basuh Mekap Sebelum Solat.

Bawalah wet tissue, makeup remover dan sebagainya dalam bag tangan anda dan gunakan ia untuk anda buang mekap anda sebelum anda solat. Ini adalah untuk mengelakkan mekap anda terkena telekung and meninggalkan kesan kotor di telekung. Apabila orang lain hendak menggunakan telekung jadi tidak lalu kerana telekung sudah kotor dan berbau mekap.

4) Kegunaan Telekung Awam.

Telekung yang diletakkan dalam surau adalah untuk kegunaan bersama. Walaupun kita dah datang dulu, solat dan nak berzikir sehingga masuk waktu seterusnya, fikirkan orang lain yang nak guna telekung itu juga. Seeloknya sebaik sahaja habis solat, tanggalkan telekng anda dan bagi kepada mereka yang sedang menunggu untuk menggunakan telekung itu.

5) Sejadah Surau Awam.

Sejadah memang ada banyak, tapi kalau semua kita nak guna sorang sehelai, kan dah tak cukup jadinya. Kalau anda nampak ramai orang di dalam surau, terus je bentang memanjang, kan elok lebih ramai dapat guna dan tak perlu semua orang nak ambil sejadah lain.

6) Ringkas Dalam Berdoa.

Selesai beri kedua salam dan berdoa seringkasnya, (kalau surau kosong boleh zikir, baca al-quran dan sebagainya) tengok cepat-cepat ada tak yang menanti nak guna telekung dibelakang. Kalau ada bangun dan boleh berikan terus pada orang tersebut. Kalau tak ada, kembalikan semula ke rak dalam keadaan elok, telekung gantung, sejadah lipat.

7) Bersiap Setelah Selesai Solat.

Selesai solat, wanita pasti ingin bersolek dan memakai tudung semula. Namun ada sesetengah yang suka bersiap di atas sejadah. Biasanya, kebanyakan surau berada berhampiran dengan tandas, tak salah kalau kita sarung je tudung tu ala kadar asalkan tertutup rapi, dan pergilah bersiap di cermin tandas.

8) Bercakap Di Dalam Surau.

Hendak berborak, bergelak tawa bukanlah di surau. Ia akan mengacau orang lain yang hendak solat dengan tenang dan tidak terganggu. Sebaliknya anda boleh keluar dan berborak di luar dan beri ruang kepada mereka yang ingin solat.

9) Tukar Pampers Anak.

Gambar: First Cry Parenting

Untuk ibu-ibu pula, diharapkan sentiasalah kita ingatkan diri kita, walaubagaimana kita nak senangkan diri sendiri pun, jangan sampai tukar pampers anak di tempat wudhu’ apatah lagi biar anak kencing, berak dan meninggalkan pampers kotor di dalam surau. Ini akan membuatkan orang lain berasa tidak selesa dan akan mengotorkan surau.

Sumber: SAYS