Generasi muda yang baru ingin memulakan hidup sendiri dan baru bekerja dicadangkan untuk menabung dari awal. Sifat menabung adalah bagus untuk memiliki masa depan yang cerah dan selesa.

Berikut adalah 7 tips kewangan yang boleh diikuti oleh generasi muda:

1. Amalkan Sikap “Menyimpan Sebelum Belanja”

Gambar :Ddraudreyguskey

Perkara pertama yang harus dilakukan apabila dapat gaji adalah asingkan simpanan. Asingkan 10% hingga 30% daripada jumlah gaji mengikut kemampuan.

Jika kita tidak mampu simpan 10% dari gaji dan hanya mampu simpan RM50 sahaja setiap bulan, maka simpan saja. Yang penting adalah untuk simpan dan tidak terlebih belanja.

2. Set Sasaran Kewangan Yang Jelas

Gambar : Readyfungo

Setiap orang mempunyai sasaran kewangan yang berbeza. Sasaran untuk membeli rumah idaman pertama, sasaran untuk menyimpan 20K sebelum umur 30 tahun, sasaran untuk membawa keluarga ke umrah, dan pelbagai sasaran lagi.

Apa sahaja sasaran anda, ia mesti dimulakan dengan strategi dan juga tetapkan jumlah yang jelas untuk disimpan setiap bulan untuk mencapai sasaran yang ditetapkan. Dengan adanya sasaran, anda mesti merasa lagi semangat untuk menabung!

3. Pilih Tempat Menyimpan Yang Betul

Gambar : Xpresi

Terdapat pelbagai tempat yang boleh dipilih untuk menyimpan wang tabungan anda. Setiap tempat mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Contoh tempat menyimpan wang tabungan yang ada adalah Tabung Haji dan Amanah Saham Berhad. Sambil-sambil menyimpan di Tabung Haji, boleh terus mendaftar haji. Mungkin boleh menunaikan Haji awal jika ada rezeki?

4. Melabur Dengan Bijak

Gambar : Wikimedia

Sebelum anda melabur di mana-mana pusat pelaburan, pastikan anda betul-betul tahu dan selidik dulu tentang apa yang anda akan laburkan dan apakah manfaat yang diberikan. Jauhi skim cepat kaya dan skim lain yang tidak betul.

Anda dinasihatkan untuk memilih pelaburan yang betul kerana tiada jalan pintas untuk menjadi kaya. Contoh pusat pelaburan yang anda boleh melabur adalah ASB Financing, Unit Trust, Saham, Hartanah dan sebagainya. Melaburlah mengikut kemampuan diri.

5. Ambil Perlindungan Takaful

Gambar : Kathmandupost

Hakikatnya, kita semua berhadapan dengan risiko mati, kemalangan dan sakit. Semasa masih sihat, segeralah mengambil perlindungan takaful yang sesuai untuk diri anda. Perlindungan Takaful membantu menyediakan diri anda dari segi kewangan untuk berhadapan dengan risiko-risiko yang tidak diingini.

Apabila ada kematian, ada pampasan untuk isteri dan anak-anak. Apabila kelumpuhan pula, terdapat pampasan untuk menggantikan punca pendapatan yang terjejas akibat kelumpuhan, dan apabila diserang penyakit, terdapat pula pampasan untuk membayar bil-bil dan kos rawatan yang tinggi.

6. Beli Kereta Mengikut Kemampuan

Gambar : Abcnews

Kereta adalah satu keperluan penting untuk generasi muda. Tidak salah untuk membeli kereta, tetapi belilah mengikut kemampuan diri. Elakkan membeli kereta yang harganya tidak padan dengan gaji.

Bukan sekadar bayaran ansuran bulanan yang perlu diambil kira apabila membeli kereta, malahan duit untuk minyak, insurans kereta, dan duit servis kereta juga perlu diambil kira untuk memastikan kereta yang dibeli bertahan lama.

7. Kawal Hutang

Gambr : Thefranchiseinstitute

Berhati-hati dengan berhutang dan elakkan diri dengan hutang yang tidak baik. Seboleh-bolehnya, elakkan mengambil pinjaman persendirian untuk majlis perkahwinan, dan jauhkan diri untuk pinjaman yang tidak penting.
Dalam menguruskan kewangan, penting untuk anda tahu kemampuan diri sendiri dan mulakan tindakan dari sekarang.

Sumber: Halal Money, Jom Urus Duit