Saban tahun minat terhadap melancong keluar negara semakin meningkat dan kita boleh lihat ramai yang gemar berkongsi pengalaman mereka di laman sosial.
Seorang pengguna laman Twitter, @mattravelmy, berkongsi beberapa tips untuk beli tiket penerbangan pada harga murah.
1. Tempah hari Selasa & Rabu
Kebanyakan syarikat penerbangan akan tetapkan sistem tempahan pada hari Selasa pukul 7 malam di mana ia merupakan salah satu hari terbaik untuk anda beli tiket penerbangan dengan harga yang murah.
2. Tempah awal
Anda boleh tempah tiket awal sekurang-kurangnya 21 hari awal tetapi jangan terlalu awal. Kebanyakan syarikat penerbangan sudah tetapkan dalam sistem untuk mencapai seberapa banyak jualan tiket yang boleh.
3. Pilih hari penerbangan yang sesuai
Selain itu, hari Selasa dan Rabu juga merupakan hari sesuai untuk anda melancong kerana kebanyakan syarikat penerbangan akan menetapkan kedua-dua hari tersebut sebagai ‘hari kurang sibuk’ untuk sistem tempahan.
4. Cari “Best Deal” untuk penerbangan antarabangsa
Di samping itu, syarikat penerbangan akan tawarkan ‘Best Deal’ kira-kira 11 hingga 12 minggu lebih awal untuk penerbangan antarabangsa.
5. Mendarat di lapangan terbang kecil
Anda boleh cuba untuk mendarat di lapangan terbang kecil dan bukan lapangan terbang utama untuk harga yang lebih murah.
6. Buang “cookies” di browser
Anda harus buang cookies pada web browser jika telah melawat laman web penerbangan 30 hari sebelum itu.
7. Banding harga
Anda boleh bandingkan harga tiket di laman web berlainan dan jangan tertumpu pada satu laman web sahaja seperti Skyscanner, CheapFlight, Momondo, Kayak, Google Flight dan Ita Software.
Sumber: Twitter @mattravelmy