Ramai umat Islam mahu mencari pahala lebih ketika bulan Ramadan seperti bersedekah, khatam al-Quran, solat sunat dan pelbagai cara lagi untuk mendapatkan pahala.

Jika anda mahu mencontohi Rasulullah SAW berpuasa, anda boleh ikuti beberapa sunnah puasa yang diamalkan baginda semasa bulan Ramadan:

1. Bersahur

Rasulullah memulakan puasa dengan bersahur di awal pagi sebelum imsak, bukannya makan tengah malam sebelum tidur.

2. Segerakan berbuka

Baginda melarang umat Islam untuk melambatkan berbuka kerana ia adalah amalan Yahudi dan Kristian. Jadi, segerakan berbuka puasa dan hentikan aktiviti yang anda sedang lakukan pada waktu itu seperti menjual makanan.

3. Berbuka dengan kurma

Banyak kebaikan jika kita mengikuti sunnah nabi yang akan beberapa biji kurma basah semasa memulakan berbuka. Antaranya ialah memudahkan anda solat kerana perut tak terlalu kenyang.

4. Tidur Qailulah

Ramai umat Islam berlumba-lumba untuk mengerjakan ibadah sebanyak mungkin dalam bulan Ramadan terutama pada waktu malam dengan solat Terawih, solat Tahajud, solat Taubat, solat Hajat dan sebagainya. Baginda mengamalkan tidur Qailulah, iaitu tidur sebentar sebelum solat Zohor.

5. Menjaga lidah

Rugi jika kita berpuasa tapi tak menjaga lidah dengan mengeluarkan kata-kata tak elok seperti mengumpat, mencaci, mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah, menipu dan sebagainya. Rasulullah pernah berfirman:

Apabila seseorang daripada kamu berada dalam hari puasa, maka janganlah ia memaki dan mengherdik orang lain. Andainya ia dicela oleh seseorang atau dimusuhi, hendaklah ia berkata “Saya berpuasa”.

6. Sedekah makanan

Salah satu cara untuk menambah pahala di bulan mulia ini adalah dengan menginfaqkan sedikit harta untuk menyediakan juadah berbuka puasa bagi orang-orang yang berpuasa.

7. Berdoa semasa berbuka

Anda disarankan berdoa ketika berbuka puasa kerana ia adalah waktu berdoa yang mustajab. Berdoalah apa saja in shaa Allah akan dimakbulkan.

Sumber: Aku Islam