Perkara pertama yang terlintas di fikiran semasa mahu melancong ke Taipei adalah “Ada ke makanan halal kat sana” kerana ramai menganggap sukar untuk mencari makanan halal di ibu negara Taiwan itu.

Untuk pengetahuan anda, ada beberapa restoran dan kedai makan di Taipei yang mendapat sijil halal serta tidak menggunakan bahan terlarang kerana menghormati orang Muslim.

1. Chang Beef Noodle Shop

Taipei terkenal dengan keenakan mee dan rugi la jika anda ke sana tanpa merasai keenakan mee Taiwan. Namun, kebanyakan mee di sana menggunakan minyak dan daging babi.

Usah risau, Chang Beef Noodle Shop menjual mee halal kerana mereka menggunakan sup daging lembu. Mee dihidangkan bersama daging rebus dan dumpling isi daging goreng.

Alamat: No. 21, Yanping South Road, Zhongzheng District, Taipei City.

2. Really Good Seafood

Selain itu, terdapat restoran menjual makanan laut yang anda boleh cuba jika melancong ke sini. Walaupun tiada label halal, namun anda boleh meminta pekerja restoran memberi cadangan menu apa yang halal dan mereka akan memberi cadangan pakej makanan khas untuk Muslim.

Alamat: 1F, No.222 First Sec, Fuxin South Rd, Daan Dist, Taipei.

3. Fried Chicken Master – Cabang Gongguan

Untuk pengetahuan anda, kedai ini mendapat sijil halal daripada komuniti Muslim Tiongkok. Jadi, usah ragu-ragu mencuba Taiwan street food di sini seperti chicken fillet, chicken pop corn, kentang goreng dan sebagainya.

Alamat: No. 158, Sec. 3,Tingzhou Road, Zhongzheng District, Taipei.

4. Dingxian 101

Walaupun ia bukan restoran khas untuk orang Muslim, namun mereka turut menyediakan pakej makanan halal seperti restoran Really Good Seafood. Terdapat pelbagai pilihan menu menarik daripada ayam dan makanan laut antaranya ialah telur dadar tiram, king prawn yang dikukus bersama bawang putih, lobster dan sebagainya. Malah, mereka turut menyediakan mee popular Taiwan.

Alamat: 86F, No.7, Section 5, Xinyi Road, Taipei City, Taiwan.

5. Hui Guan

Difahamkan pemilik restoran ini juga merupakan seorang Muslim iaitu Li Hai-jung. Sudah semestinya makanan di sini halal berikutan pemiliknya beragama Islam. Selain itu, harga makanan juga dikatakan agak murah.

Alamat: No.9, Alley 51, Lane 12, Section 3, Bade Road, Songshan District, Taipei City.

6. Ice Monster

Rasanya tidak lengkap percutian ke Taipei jika anda tidak mencuba hidangan pencuci mulut yang menggiurkan. Di Ice Monster, anda boleh mencuba pelbagai jenis hidangan dessert yang enak sama ada yang panas atau sejuk.

Alamat: No. 16, Song Gao Rd., Xin-Yi District, Taipei (Taipei City Hall Station Exit 3).

7. Avignon Vegetarian Restaurant

Restoran ini bukan sahaja menyediakan makanan berasaskan sayuran, tetapi juga mempunyai sijil halal. Pemiliknya merupakan seorang lulusan dari institut masakan di Amerika. Antara menu disediakan adalah stik, piza, sup, ais krim, dan pelbagai jenis kek.

Alamat: 1F., No.292, Sec. 1, Daye Rd., Taoyuan Dist., Taipei City 330.

Sumber: IDN TIMES