Tahu tak secara umumnya ramai yang menganggap bahawa epilepsi merupakan penyakit sawan. Sebenarnya, epilepsi merupakan sejenis kondisi di mana berlaku gangguan neorologikal yang dikarakteristikkan oleh epilectic seizures atau sawan.

Mungkin ada kawan-kawan mahupun ahli keluarga anda yang menghidap epilepsi. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya mereka diserang sawan secara tiba-tiba? Jom ikuti perkongsian di bawah.

obatepilepsi.info

1. Bertenang dan jangan panik

Be focus. Untuk membantu mereka yang diserang sawan, anda perlu bersedia dan jangan panik.

2. Jauhkan sebarang objek

Jika pesakit memakai cermin mata atau tali leher, ambil dan simpankan. Begitu juga dengan tudung. Pastikan anda membuka kerongsang tudung tersebut. Baringkan di atas permukaan rata dengan berhati-hati.

3. Alas kepala

Sebaik-baiknya gunakan bantal untuk mengalas kepala. Jika tiada, anda boleh menggunakan kain atau baju untuk melapik bahagian kepalanya.

4. Baringkan secara mengiring

Alihkan badannya supaya dalam keadaan mengiring. Ini bagi membuka ruang pernafasan dengan baik dan memberikan laluan air liur mengalir keluar dengan lebih baik.

5. Catat masa

Sila ambil perhatian terhadap tempoh mula serangan sawan. Serangan akan berakhir dalam masa dua hingga tiga minit.

6. Periksa kad perubatan

Jika sawan menyerang orang yang tidak anda kenali, sila periksa di dompetnya sama ada mereka mempunyai kad perubatan atau tidak. Sesetengah pesakit epilepsi menyimpan kad yang mengandungi maklumat kecemasan ahli keluarga terdekat.

7. Call ambulans dengan segera

Jika anda tidak mengenali mangsa, segeralah hubungu ambulans. Begitu juga jika serangan sawan berlaku lebih daripada lima minit.

Jangan sesekali cuba untuk merawat ataupun memberi bantuan CPR melainkan mangsa tidak bernafas selepas sawan berhenti.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Sumber: Remaja.My