Korea Selatan menjadi destinasi pilihan ramai kerana terkenal dengan pelbagai budaya, kecantikan semulajadi dan makanan yang enak-enak belaka.

Walaupun anda seorang pelancong, anda harus belajar pantang-larang negara yang anda lawati untuk mengelakkan daripada didenda atau menyinggung perasaan rakyat tempatan.

1. Jangan cucuk makanan dengan chopstick

Gastro Tour Seoul

Bagi rakyat Korea, perbuatan mencucuk makanan dengan chopstick adalah perbuatan yang tidak sopan. Anda harus tunjukkan perasaan hormat kepada makanan dan jika perlu, minta sudu garfu daripada pelayan.

2. Habiskan makanan

sweetandtastyTV

Selain itu, anda wajib habiskan makanan yang telah diambil ke dalam pinggan kerana anda akan dianggap menyinggung perasaan tuan rumah jika anda tidak habiskan makanan. Malah, anda juga akan ditegur jika tidak habis makan di kafe, restoran atau kedai makan.

3. Jangan tinggalkan tip di kedai makan

The Post-Star

Di Korea, anda tidak perlu meninggalkan tip kepada pekerja di kedai makan kerana ia dianggap satu penghinaan. Ini kerana bagi mereka, gaji yang diterima sudah mencukupi. Jadi, anda tidak perlu bermurah hati untuk memberi tip.

4. Tak perlu bantu orang mabuk

Eat+Drink

Melihat orang mabuk di jalanan merupakan situasi biasa di Korea yang gemar minum lewat malam selepas bekerja untuk meraikan sesuatu. Ia sudah menjadi budaya mereka, jadi anda tidak perlu bantu jika melihat orang mabuk di jalanan.

5. Tak boleh merokok merata-rata

Getty Images

Jangan terbawa-bawa sikap orang Malaysia kita apabila berada di Korea terutama jika anda seorang perokok. Negara mereka mempunyai kawasan khas untuk anda merokok kerana anda tidak boleh merokok di kawasan awam.

6. Jangan renung tajam pada penduduk tempatan

Business Insider

Tak dinafikan orang Korea sememangnya cantik, tetapi itu bukan alasan untuk anda merenung tajam kepada mereka kerana ia dianggap sebagai gangguan kepada mereka.

7. Tak boleh tayang tatu

Beyond The Ink

Selain itu, sesiapa yang mempunyai tatu di seluruh anggota badan harus memakai baju lengan panjang kerana mereka yang bertatu dianggap memberi sentimen negatif. Malah, pelukis tatu dianggap satu pekerjaan haram serta sesiapa mempunyai tatu akan sukar untuk mendapatkan pekerjaan.

Sumber: Wanista