Malaysia kini sedang dilanda demam PRU. Kita semua sedang menanti untuk menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia pada Mei nanti.

Di Malaysia, tiada hukuman yang dikenakan kepada mereka yang tidak keluar mengundi, namun berbeza bagi beberapa negara yang akan mengenakan hukuman tertentu kepada rakyatnya.

1. Belgium

wikimedia

Belgium merupakan negara terawal sekali yang meletakkan syarat wajib mengundi buat rakyatnya. Pada tahun 1892, hanya lelaki sahaja yang wajib mengundi. Kemudian pada tahun 1949, syarat yang sama dikenakan terhadap pengundi perempuan.

Pengundi yang berusia 18 tahun ke atas yang gagal mengundi sekurang-kurangnya untuk 4 pilihanraya akan kehilangan hak mengundi selama 10 tahun. Bukan itu sahaja, mereka yang gagal mengundi juga akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan di sektor swasta.

2. Bolivia

elpais.com

Pada 1952, Bolivia telah memperkenalkan sistem di mana setiap pengundi yang membuang undi diberikan kad sebagai bukti. Kad tersebut harus ditunjukkan dalam tempoh tiga bulan selepas pilihan raya berlangsung, jika gagal gaji mereka akan disekat di dalam bank.

3. Australia

lifehacker.com.au

Australia memperkenalkan syarat wajib mengundi pada tahun 1924. Pengundi-pengundi terikat dengan syarat untuk hadir ke pusat mengundi dan boleh meninggalkan pusat tersebut setelah disahkan kehadiran mereka walaupun tidak membuang undi.

Kegagalan mengesahkan kehadiran di pusat undi boleh dikenakan denda sebanyak AU$20 – AU$50 dan boleh dipenjara jika denda tidak dijelaskan.

4. Greece

npr.org

Rakyat Greece yang tidak mengundi akan mengalami kesukaran untuk memperbaharui lesen memandu dan passport. Mesti rakyat mereka semua pergi mengundi kan.

5. Itali

reuters

Di Itali, tidak mengundi dianggap sebagai salah satu kesalahan moral yang mengakibatkan kesukaran untuk meneruskan kehidupan dalam komuniti.

Surat amaran ‘sekatan tidak berbahaya’ akan dikeluarkan kepada mereka yang gagal mengundi dan boleh menyebabkan ibu bapa sukar menempatkan anak-anak mereka di nursery.

6. Singapura

atimes.com

Negara jiran, Singapura, akan mengeluarkan nama rakyat yang gagal mengundi. Mereka boleh mendaftar semula namun perlu menyatakan alasan yang munasabah atas kegagalan mengundi sebelum ini.

7. Peru

dailymail.co.uk

Pengundi yang membuang undi akan diberikan satu setem khas. Mereka perlu membawa setem tersebut kemana-mana beberapa bulan selepas pilihanraya untuk mendpatkan perkhidmatan dan membeli barangan tertentu.

Sumber: The Guardian