Melancong sememangnya menyeronokkan kerana kita dapat melihat keindahan negara orang, keunikan budaya, makanan dan sebagainya.

Namun, sebagai pelancong, kita juga tidak terlepas daripada pelbagai masalah yang timbul walaupun sudah berhati-hati. Berikut antara masalah yang sering berlaku ketika melancong dan cara penyelesaiannya:

1. Pasport hilang

pamper.com

Pertama sekali, anda jangan panik dan fokus dengan mengingati semula di mana kali terakhir anda meletakkan pasport anda.

Kemudian, pergi ke balai polis terdekat untuk membuat laporan kehilangan pasport dan seterusnya pergi ke pejabat kedutaan Malaysia yang ada di negara anda lawati itu dengan membawa laporan polis tadi untuk memohon dokumen kecemasan.

2. Kemalangan atau sakit

theguardian.com

Hubungi syarikat insuran perjalanan anda secepat mungkin untuk mengetahui lebih lanjut mengenai apa yang anda harus lakukan.

3. Barang peribadi hilang

gobankingrates.com

Kita sering meletakkan barang berharga dalam dompet dan apa yang akan terjadi jika dompet hilang semasa melancong? Anda harus menghubungi bank dengan segera untuk membatalkan kad kredit dan debit serta-merta.

Selepas itu, buat laporan polis untuk melaporkan kehilangan barang peribadi anda. Pastikan anda meletakkan kata laluan pada telefon bimbit atau laptop serta aktifkan lokasi untuk mudah dijejaki.

4. Rusuhan

Gambar sekadar hiasan

Jika lokasi yang anda melancong itu terlibat dengan rusuhan, anda pergi ke tempat yang selamat dengan cepat dan apabila keadaan sudah reda, hubungi pihak kedutaan jika anda perlukan bantuan.

5. Terlepas penerbangan

havehalalwilltravel.com

Jangan panik kerana penerbangan premium biasanya mempunyai ‘no show fees’ iaitu di mana syarikat penerbangan akan meletakkan anda on standby untuk penerbangan seterusnya.

6. Bagasi hilang atau rosak

havehalalwilltravel.com

Buat laporan kepada syarikat penerbangan berkenaan atau di kaunter kehilangan bagasi yang ada di lapangan terbang tersebut. Biasanya setiap syarikat penerbangan akan menawarkan insuran untuk anda tuntut jika berlaku apa-apa.

7. Bencana alam

havehalalwilltravel.com

Jika negara yang dilawati mengalami masalah bencana alam seperti gempa bumi, banjir besar dan letupan gunung berapi, anda harus cari tempat selamat untuk menyelamatkan diri. Pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan semasa mengenai kejadian itu dan mengikuti arahan daripada pihak berkuasa.

Sumber: Kaki Sini