Turki merupakan satu negara yang kaya dengan sejarah dan destinasi pelancongan menarik. Oleh itu, ramai rakyat Malaysia memilih untuk bercuti ke Turki sebagai destinasi pilihan mereka.

Jika anda sedang merancang untuk ke sana, anda boleh membuat research terhadap tujuh lokasi menarik yang ada di Turki di bawah ini sebelum ke sana supaya anda dapat merancang percutian dengan lebih teliti.

1. Cappadocia

Cappadocia sudah agak terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia kerana drama tempatan lakonan Fazura dan Shaheizy Sam, Manisnya Cinta di Cappadocia, pernah berlakon di sana hingga membuatkan ramai teringin ke sana untuk menikmati pemandangan yang cantik serta boleh menaiki belon panas.

2. Ephesus

Sebelum ini, Ephesus merupakan pusat komersial yang penting di Turki, malah turut tersenarai sebagai tapak warisan PBB. Selain itu, ia juga tersenarai sebagai salah satu daripada tujuh keajaiban kuno. Jika anda seorang yang gemar mengambil gambar pemandangan, destinasi ini pasti akan membuat anda teruja untuk mengambil gambar.

3. Masjid Biru

Difahamkan, cahaya matahari akan terpantul ke Masjid Biru ini apabila matahari terbenam dan ia kelihatan sungguh indah. Nama Masjid Biru diberi kerana jubin di dalamnya yang berwarna biru, namun ia juga dikenali dengan Mahsid Sultanahmet.

4. Bandar Purba Hierapolis, Pamukkale

Bandar purba ini mempunyai kolam air panas yang sangat popular dan turut tersenarai sebagai tapak warisan PBB. Anda boleh mandi atau berendam dalam kolam air panas yang besar ini sama seperti raja-raja Atalid dari abad kedua sebelum masihi menikmatinya ribuan tahun dahulu.

5. Bandar Bawah Tanah Derinkuyu

Jika anda mahu merasai sendiri pengalaman kehidupan di bawah tanah, anda boleh datang ke daerah Derinkuyu, Wilayah Nevsehir. Difahamkan, ketinggian bandar bawah tanah ini mencecah 18 tingkat dan ia boleh memuatkan seramai 20,000 orang di dalamnya.

6. Masjid Grand, Masjid Hijau dan Makam

Masjid Grand merupakan salah satu masjid terbesar di Turki dan menjadi mercu tanda bersejarah bagi seni bina zaman Ottoman dengan elemen Seljuk yang begitu jelas. Di dalamnya juga mempunyai 192 ukiran gergasi yang dihasilkan oleh pakar kaligrafi popular zaman dahulu.

Sementara itu, Masjid Hijau dan makam pula dihiasi hasil karya seorang pelukis hebat yang dibantu seorang arkitek dan seorang lagi artis sekaligus menjadikan masjid itu megah dengan rekaan jubin serba indah.

7. Makam Atartuk dan Tasik Garam

Untuk pengetahuan anda, Makam Atartuk sebenarnya menempatkan makam presiden Turki yang pertama selain barang berharga dan potret keluarga presiden tersebut. Di samping itu, ia juga menempatkan sebuah perpustakaan khusus untuk Atartuk dengan lebih 3,115 buku di dalamnya.

Tasik Garam atau dikenali sebagai Tasik Tuz merupakan tasik kedua terbesar di Turki dan garam yang ada di tasik tersebut boleh diproses kemudian dijual di pasar-pasar tempatan.

Sumber: mStar