Perkara paling penting untuk travel atau melancong ialah mengemas barang untuk dibawa. Mengemas barang atau packing barang memang agak leceh jika anda mahu bercuti lebih dari tiga hari.

Berikut merupakan tujuh cara yang senang untuk anda packing barang travel di samping akan memastikan semua barang mencukupi semasa travel.

1. Tempoh travel

columbusunderground.com

Perkara utama yang anda perlu ambil perhatian ialah mengetahui berapa lama anda bercuti. Bawa baju lebih jika anda bercuti lama seperti seminggu atau lebih dan pastikan musim apa yang sedang berlaku semasa mahu travel. Jangan salah bawa baju musim lain pula ye.

2. Checklist

packinglighttravel.com

Checklist membantu anda membawa semua barang yang dikehendaki dan memudahkan anda mengemas barang-barang penting. Seeloknya buat checklist seminggu awal dari tarikh anda pergi travel.

3. Sediakan beg

tebura.ninja

Sediakan beg yang mencukupi untuk anda melancong. Biasanya orang lain akan membawa dua beg untuk travel iaitu satu beg pakaian dan satu lagi untuk menyimpan barangan gajet seperti kamera, alat pengecas, kabel telefon, sun glasses dan dokumen travel.

4. Mula kemas

mizz4yuworkplay.com

Anda boleh mula packing bila semua barang sudah mencukupi. Susun barang dengan kemas dan beg toiletries diletak berasingan dengan barang-barang lain.

5. Asing gajet

thevocket.com

Jika perjalanan anda mengambil masa lama seperti 15 jam, adalah lebih bagus jika anda mengasingkan barang gajet di beg lain untuk memudahkan anda mengambil barang semasa dalam flight.

6. Simpan barang travel lama

wanista.com

Jangan membazir! Jika anda masih ada barang-barang travel yang masih boleh digunakan, seeloknya simpan dan ia boleh digunakan untuk next trip seperti sabun, syampu dan sebagainya.

7. Double check barang

wowmalaysia.com.my

Semak lagi sekali barang-barang keperluan yang telah dikemas ke dalam beg dan pastikan tiada barang yang tertinggal.

Sumber: Rileklah.Com