Gambar: Roketkini

Seperti yang diketahui oleh semua, rakyat Malaysia adalah terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Malah, itu yang membuatkan Malaysia menjadi satu negara yang unik.

Sebagai rakyat Malaysia, kita menjalani aktiviti harian dan melakukan perkara-perkara yang indah bersama-sama rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Mesti ramai diantara anda pernah melalukan beberapa perkara di bawah ini yang dapat mengeratkan lagi hubungan rakyat Malaysia.

1. Makan Di Kopitiam Atau Kedai Mamak

Gambar: HadyAbdHamid

Perkara utama yang mengeratkan rakyat Malaysia antara satu sama lain adalah makanan! Lepak di kedai mamak atau kopitiam sudah menjadi kebiasaan rakyat Malaysia terutamanya pada hujung minggu. Tanpa kita sedar, perkara ini dapat mengeratkan lagi hubungan rakyat Malaysia dengan memahami satu sama lain melalui makanan dan sesi sembang di kedai kopi!

2. Kongsi Botol Minyak Cap Kapak

Gambar: Shopee

Masa zaman di universiti atau di asrama, mesti ada diantara anda yang suka pinjam Minyak Cap Kapak kawan apabila sakit, bukan? Tanpa disedari, perkara-perkara seperti ini dapat mengeratkan hubungan sesama rakyat.

3. Open House Tahun Baru Cina, Hari Raya, dan Deepavali!

Gambar: Lobakmerah

Apabila ada sesuatu perayaan, rakyat Malaysia saling ziarah menziarahi antara satu sama lain walaupun berbeza kaum. Selain dari itu, mesti ada rakan-rakan bangsa lain yang ingin meminjam baju perayaan dari anda ataupun anda yang ingin meminjam baju mereka.

4. Main Permainan Tradisional

Gambar: Siraplimau

Terdapat perlbagai permainan tradisional yang terdapat di Malaysia seperti congkak, batu seremban, gasing, dan lain-lain lagi. Mungkin sekarang jarang kita nampak budak-budak kecil main permainan ini, tetapi pada zaman kita kecil dahulu, permainan ini lah yang menjadi kesukaan semua terutamanya pada waktu rehat!

5. Berkunjung Ke Pasar Malam

Tak kira lah dari negeri mana anda berasal, pasar malam adalah tempat dimana semua bangsa pernah pergi. Rakyat Malaysia ratanya gemar ke pasar malam kerana terdapat perlbagai makanan yang dijual dengan harga yang murah, kuih-muih dan juga pakaian. Di pasar malam, rakyat Malaysia berbilang kaum boleh jalan jalan cari makan!

6. Tonton Kartun Buatan Malaysia

Gambar: Rojakdaily

Tipu lah kalau anda tidak pernah menonton kartun seperti Kampung Boy, Anak-Anak Sidek, Kluang Man, dan lain-lain masa anda kecil. Kartun-kartun ini lah yang banyak mengajar kita masa kita kecil dahulu kerana ia sedikit sebanyak mencerminkan rakyat Malaysia.

Dengan itu, diharapkan supaya rakyat Malaysia sentiasa kekalkan keharmonian dan kasih sayang diantara satu sama lain.

Sumber: Lobak Merah