Pasti ada di antara kita yang sayu kerana bakal beraya di perantauan sama ada bersama keluarga sendiri atau berseorangan.

Usah risau, ada beberapa aktiviti yang anda boleh buat walaupun beraya dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Dengar takbir raya

via GIPHY

Bermula malam ni, takbir raya akan mula ditayangkan di stesen-stesen televisyen. Walaupun tak dapat dengar secara langsung dekat masjid macam pagi raya tahun lepas, tapi rasa sebak tu masih sama, kan? :’)

Masak juadah raya

via GIPHY

Jangan dilupakan juadah raya tradisi seperti lemang/nasi impit, ketupat, kuah kacang, rendang dan sebagainya walaupun terpaksa beraya di perantauan. Boleh google resepi lepas tu cuba masak sendiri. Mana tau air tangan kita lagi sedap!

Solat sunat Aidilfitri

via GIPHY

Bagi korang yang taktau, solat sunat Aidilfitri boleh dilakukan di rumah bersama pasangan dan anak-anak. Taktau nak jadi imam? Senang je, buat carian di Google dah boleh jumpa cara-cara solat sunat Aidilfitri di rumah.

Buat panggilan video ibu bapa

via GIPHY

Walaupun akan ada drama air mata Raya PKPB 2020, korang sebagai anak wajib buat panggilan tak kira panggilan suara atau video kepada ibu bapa yang jauh di kampung. Kalau kita rasa sunyi dan kosong, mereka apatah lagi. 🙁

Buat e-kad raya

via GIPHY

Inilah masa yang tepat untuk korang asah skil kreatif dengan membuat e-kad raya! Mungkin kita tak dapat meneruskan tradisi beri kad raya kepada rakan-rakan secara fizikal, tetapi kita boleh hantar e-kad raya menggunakan aplikasi komunikasi seperti WhatsApp dan laman sosial.

Tonton rancangan raya

via GIPHY

Bosan lepas makan juadah raya? Jangan risau, korang boleh layan segala jenis drama atau rancangan raya di televisyen pada raya pertama esok. Ada banyak cerita menarik korang boleh tonton dengan seisi keluarga.

Tak dinafikan, raya tahun ni agak sedih atau sebak sedikit berbanding tahun sebelum ni. Tapi, kita harus membantu barisan hadapan untuk membanteras wabak Covid19 demi nyawa orang-orang tersayang.

Kiranya tahun ni kita virtual raya saja lah ye dengan keluarga di kampung. Harap-harap tahun depan kita dapat beraya bersama keluarga tersayang. In Shaa Allah! 🙂