Sejak beberapa hari lepas negara kita banyak menerima berita-berita mengejutkan seperti penukaran kerajaan selepas PRU14, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat pengampunan penuh Agong, Datuk Seri Najib tidak boleh keluar negara dan banyak lagi.

Malah, dikhabarkan Exco Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Ben Ali, memberitahu dia menerima maklumat serta video mengenai 50 buah beg tangan jenama ‘Birkin Hermès’ dianggarkan bernilai
RM200,000 ke atas dipindahkan menggunakan sebuah van milik Jabatan Perdana Menteri ke beberapa buah unit kondominium di Pavillion Residence KL.

thereporter.my

Difahamkan, setiap kotak beg tangan berjenama itu tertera nama penerima sebagai hadiah kepada si penerima yang dipercayai milik isteri bekas perdana menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Oleh kerana Najib dan Rosmah terpalit dengan skandal penyelewengan wang secara besar-besaran, kami selaku Exco Pemuda PPBM Nasional ingin menggesa serbuan dilakukan ke unit kondominium di Pavilion Resident tersebut,” tulisnya dalam kenyataan di akaun Facebook miliknya.

Ben Ali juga telah membuat laporan polis di IPD Dang Wangi pada awal pagi ini.

Sumber: mStar