Sebagai manusia biasa yang sering diuji, kita sentiasa berdoa kepada Allah untuk mengharungi kehidupan di dunia ini.

Tahukah anda, terdapat beberapa waktu yang mustajab untuk berdoa? Antara lima waktu mustajab untuk berdoa ialah:

1. Doa antara azan & iqamah

Gambar sekadar hiasan

Azan bermaksud panggilan atau seruan untuk bersolat, seeloknya kita senyap sebentar kemudian jawab panggilan azan dengan bacaan yang disarankan.

Daripada Anas bin Malik R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Doa tidak akan ditolak di antara azan dan iqamah.”

2. Ketika sujud dalam solat

Gambar sekadar hiasan

Bersujud seringkali dikatakan antara waktu mustajab untuk berdoa. Bersujudlah lama sedikit dari biasa untuk berdoa.

Daripada Ibnu Abbad R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhlah berdoa kerana saat itu sangat tepat untuk dikabulkan.”

3. Ketika hujan sedang turun

Gambar sekadar hiasan

Hujan selalu dikaitkan dengan rahmat atau rezeki.

Daripada Sahl bin a’ad R.A bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

“Dua doa yang tidak pernah ditolak, doa ketika waktu azan dan doa ketika waktu hujan.”

4. Hari Jumaat

Gambar sekadar hiasan

Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari dan paling barakah. Berdoalah sebanyak mungkin pada hari Jumaat moga-moga ianya dimakbulkan oleh Allah.

“Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu saat yang tidak bertepatan, seorang hamba muslim solat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut.” -Shahih Al-Bukhari, kitab Da’awaat 7/166, Shahih Muslim, kitab Jumuh 3/5-6.

5. Semasa musafir

Gambar sekadar hiasan

Jika anda sedang bermusafir, rebut peluang ini dengan berdoa sebanyak mungkin.

“Tiga orang yang doanya pasti dimakbulkan, doa orang yang teraniaya, doa seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya.” -Sunan Abu Daud, kitab Shalat bab Do’a bi Dhahril Ghaib 2/89, Sunan At-Tirmidzi, kitab Al-Bir bab Doaul Walidain 8/98-99, Sunan Ibnu Majah, kitab Doa 2/348. Musnad Ahmad 2/478. Dihasankan Al-Albani dalam Silsilah Shahihah No 596.

Sumber: Hijabista & Sepositif.com