Anda seringkali merasa lemah ketika di tempat kerja. Hilang fokus dan asyik menguap ketika di pejabat. Tidur 8 jam belum tentu dapat menjamin kecergasan badan. Jadi, kami kongsikan tips untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.

1. Cipta ritual tidur

mindblowings

Sebelum tidur, dengar muzik yang ringan, membaca buku ataupun berendam di dalam tab air mandi berisi air suam. Nyalakan lilin beraromaterapi di dalam tandas. Seronok tau. Stress seharian di tempat kerja pasti hilang!

Amalkan ritual ini sekitar 15-30 minit sebelum waktu tidur.

2. Jangan jadikan bilik tidur sebagai ‘bilik serbaguna’

pinterest

Khususkan bilik tidur anda sebagai tempat beristirehat dan tidur. Seeloknya jangan letak televisyen, komputer kerana peralatan elektronik itu akan memberi signal kepada otak anda untuk berjaga.

3. Elakkan kafein dan alkohol

culture tips

Nak tidur yang berkualiti pastikan anda tidak mengambil kafein atau alkohol 4 sehingga 6 jam sebelum tidur. kalau tak memang akan jadi burung hantu. Kopi, teh, coklat dan minuman soda dapat menstimulasi tubuh untuk tetap bertenaga.

4. Lakukan senaman

onlymyhealth

Tubuh badan manusia selalu aktif secara fizikal pada waktu siang sangat membantu untuk pastikan anda mendapat tidur yang lena pada waktu malam. Luangkan masa sekitar 30minit untuk membuat senaman. tiada masa ke gym? Jangan jadikan itu sebagai alasan, senaman ringan boleh dilakukan di rumah bersama pasangan anda.

5. Kalau susah lelapkan mata, jangan hanya berbaring atas katil!

guardianlv.com

Dah dua puluh minit baring atas katil, tapi mata masih susah nak lelap kan. Jangan hanya berbaring di atas katil. Anda boleh bangun dari katil dan pergi ke tempat lain yang lebih tenang untuk duduk atau berbaring sampai rasa mengantuk dan letih. Jangan sesekali main telefon ya!

Cuba amalkan tips di atas ya. Mudah-mudahan anda boleh dapatkan tidur yang berkualiti. Bangun pagi mesti badan akan rasa segar dan bertenaga!

Sumber: says.com