Bercuti di negara-negara Eropah merupakan impian setiap orang. Namun, kita tahu bahawa bajet untuk melancong ke negara-negara tersebut agak mahal kerana perbezaan matawang dan perjalanan jauh.

Walau bagaimanapun, seorang wanita dikenali sebagai Missdae berkongsi tips travel bajet di Eropah secara backpack selama 14 hari, pergi tujuh buah negara dan jumlah bajetnya ialah RM2,889 sahaja.

Antara laluan dipilih Missdae ialah: KLIA2 –> Tehran, Iran –> Athens, Greece –> Istanbul, Turki –> Rome, Italy –> London, United Kingdom –> Amsterdam, Netherlands –> Paris, France –> Tehran, Iran –> KLIA2.

1. Dapatkan tiket penerbangan murah

Gambar sekadar hiasan

Menurutnya, perkara yang paling membantu dirinya bercuti dengan harga murah sudah semestinya harga tiket penerbangan murah iaitu promosi AirAsia dari Kuala Lumpur ke Tehran berharga RM404.00. Tambahnya, Tehran merupakan pintu gerbang ke Eropah dan mudah untuk ke negara-negara Eropah lain dari sana.

Selain itu, dia berkongsi laman web paling terbaik untuk membanding dan membezakan harga-harga tiket untuk dapatkan tiket penerbangan termurah iaitu kiwi.com. Namun, dia akan menempah tiket penerbangan terus melalui laman web penerbangan untuk harga lebih murah dan tiada bayaran tempahan.

2. Pergi semasa musim sejuk

Gambar sekadar hiasan

Terdapat banyak promosi tiket penerbangan murah semasa musim sejuk dan anda akan dilayan dengan baik oleh penjual-penjual di sana termasuklah bagi hadiah percuma. Ia mungkin kerana kurang pelancong semasa musim sejuk berbanding musim panas.

3. Gunakan pass sepanjang di sana

Gambar sekadar hiasan

– IstanbulKart
Ia seperti TouchNgo, boleh dikongsikan seramai 3 orang menggunakan kad yang sama dan boleh didapati di bahagian Metro di airport. Harga kad ialah 6TL.

– Mixed tickets, Athens
Ia digunakan untuk memasuki 8 Museums di Athens yang berharga €30 dan boleh didapati di mana-mana muzium di Athens. Selain itu, di sana juga terdapat day pass yang anda boleh beli untuk menaiki pengangkutan awam.

– Roma Pass 48 hours
Anda boleh naik turun metro sepuas hati selama 48 jam (memandangkan pengangkutan utama di Rome ialah menggunakan Metro), boleh memasuki 1 muzium dan Missdae memilih Collosseum, pas ini boleh didapati di airport iaitu di bahagian ketibaan.

– Oyster Card, London
Harganya ialah £5 dan berperanan sebagai TouchNgo. Malah, ia juga lebih murah berbanding beli tiket sehala.

– One way pass, Paris
Satu pas boleh dikongsi dua orang.

4. Tempat penginapan

Gambar sekadar hiasan

Menurut Missdae, dia banyak tinggal di hostel sahaja kerana murah. Harga hostel sepanjang di sana adalah sekitar RM 40 hingga RM50 sahaja. Dia hanya menghabiskan sebanyak RM 270 untuk tempat penginapan sepanjang berada di sana.

5. Banyakkan berjalan

Gambar sekadar hiasan

Salah satu cara untuk berjimat ketika melancong ke negara Eropah ialah dengan banyakkan berjalan kaki. Selain itu, anda boleh membeli pas harian murah untuk menaiki pengangkutan awam. Selain berjimat, anda juga sihat kerana berjalan boleh membakar kalori.

Sumber: The Vocket & Missdae