Taiwan semakin mendapat tempat di hati pelancong kerana pelancong asing semakin ramai melancong ke sana sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada tahun lepas, Taiwan mencatat tiga juta pelancong asing datang ke sana dan antara pelancong yang datang adalah beragama Islam.

Berikutan itu, kerajaan Taiwan melancarkan program pelancongan Muslim friendly dengan menyediakan kemudahan Musala dan surau.

Berikut merupakan beberapa tips untuk pelancong Muslim bercuti di Taiwan:

1. Restoran disahkan halal daripada Persatuan Cina Muslim

Di sana, masak makanan menggunakan minyak yang terkandung bahan daripada khinzir merupakan budaya memasak mereka. Kini usah risau kerana terdapat 324 buah restoran disahkan halal dan menyediakan makanan mesra Muslim.

Setiap restoran akan meletakkan tanda persijilan halal daripada Persatuan Muslim China di pintu masuk kedai atau restoran.

2. Tanya penjual makanan pasar malam

Taiwan sememangnya popular dengan pasar malam dan snek jalanan. Terdapat banyak pasar malam hampir di setiap bandar dan jika anda mahu mencuba makanan tradisional Taiwan, anda digalakkan untuk bertanya dahulu kerana mereka memasak menggunakan minyak khinzir walaupun mereka menjual makanan laut.

3. Jadi vegetarian

Difahamkan makanan halal di sana agak mahal iaitu RM15 sepinggan. Oleh itu, anda mempunyai pilihan lain iaitu dengan menjadi vegetarian. Banyak kedai menjual makanan berasaskan sayur-sayuran di kawasan Taipei City pada harga murah.

4. Tandas khas

Gambar sekadar hiasan

Tandas kering tanpa air merupakan masalah utama bagi pelancong Muslim semasa pertama kali bercuti ke Taiwan kerana terkejut melihat tandas tanpa penyembur dan flush.

Walau bagaimanapun, kerajaan Taiwan telah membina tandas khas dilengkapi penyembur untuk pelancong beragama Islam.

Terdapat 37 pusat pelawat dilengkapi oleh tandas mesra Muslim dan ia boleh ditemui berhampiran lokasi pelancongan terutama di Taipei.

5. Pilih hotel dengan kemudahan mesra Muslim

Gambar sekadar hiasan

Selain itu, beberapa hotel yang dilengkapi oleh kemudahan mesra Muslim mudah didapati di tiga bandar besar iaitu di Taipei, New Taipei City dan Keelung City.

Kebanyakan hotel mesra Muslim merupakan hotel empat dan lima bintang dengan harga sekitar RM280 hingga RM300 untuk satu malam. Anda harus merancang dengan lebih teliti jika mahu duduk di hotel mesra Muslim di negara tersebut.

Sumber: Hi Halal