Kita sering mengimpikan untuk travel atau mengembara secara solo tetapi risau akan keselamatan apabila berada di negara orang terutama perempuan.

Walaupun ramai yang tidak menggalakkan kaum wanita travel solo, namun kita juga mempunyai impian sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mahu jelajah negara orang secara solo.

Oleh itu, kami kongsikan beberapa tips untuk golongan muslimah di luar sana yang mahu travel solo tetapi tidak tahu apakah persiapan yang perlu dilakukan:

1. Persediaan dari segi fizikal dan mental

muslimtravelgirl.com

– Buat itinerari dan perancangan sendiri.
– Kaji pengangkutan awam di lokasi percutian anda supaya dapat menjimatkan kos dan bajet.
– Cari visitor/tourist pass untuk setiap negara kerana lebih murah, jimat serta mudah digunakan.
– Ketahui Dos and Don’ts di sesebuah negara.
– Simpan nombor telefon, alamat dan emel penting seperti keluarga dan kedutaan Malaysia untuk rujukan jika berlaku kecemasan.
– Ambil gambar pasport sebagai simpanan jika pasport anda hilang atau dicuri untuk memudahkan proses kedutaan.

2. Tempah awal tempat penginapan

blog.reservasi.com

– Tempah awal untuk memudahkan urusan anda.
– Cari hostel/dorm berdekatan pengangkutan awam seperti stesen bas, subway, Uber dan sebagainya untuk keselamatan anda.
– Cari hostel sebilik dengan perempuan sahaja untuk menjaga aurat.

3. Bawa makanan yang mudah dibawa dan mudah dimasak

bestcuti.com

– Bawa nasi segera atau mee segera kerana mudah dimasak.
– Bawa juga makanan ringan yang memberi tenaga seperti coklat, kurma, kismis dan sebagainya.
– Jika mahu makan di restoran, pastikan anda memilih restoran berasaskan sayur-sayuran dan pastikan anda tanya bahan-bahan digunakan untuk mengelakkan daripada termakan benda-benda tidak halal.

4. Solat

thevocket.com

– Bawa sehelai kain batik untuk dijadikan alas solat selain bawa telekung.
– Jika tiada ruang solat disediakan, cari tempat tersorok untuk solat dan tidak mengganggu orang.
– Ambil wuduk awal dari hostel.
– Solat jama’ Zohor dan Asar di luar dan selebihnya boleh dilakukan di hostel.

5. Sentiasa lapor perkembangan terkini kepada keluarga atau rakan

travelandleisure.com

– Sentiasa memberitahu perkembangan dan lokasi terkini anda kepada keluarga atau rakan untuk mereka mengetahui situasi anda jika berlaku bencana atau kecemasan.

Sumber: Anne Annira Azmahira & The Ruka