Bakal ibu yang pertama kali mengandung pasti tidak tahu apa ciri-ciri yang perlu diutamakan semasa memilih baju mengandung yang sesuai. Jika anda sedang mencari baju mengandung, apa kata anda teliti dulu tips di bawah ini sebelum membeli.

Baju boleh laras

Pilih baju yang boleh laras supaya anda boleh melaraskannya mengikut saiz badan dan perut sepanjang kehamilan.

Kenalpasti bentuk badan anda

Selain itu, amat penting untuk anda kenalpasti bentuk badan anda supaya anda dapat memakai pakaian dengan selesa. Contohnya pilih baju yang lembut di pinggang jika perut anda ke bawah, potongan baju yang kembang di bawah dan sebagainya.

Pakai seluar mengandung

Seawal trimester kedua, bakal ibu mesti sudah berasa tidak selesa memakai seluar biasa terutama yang berzip dan tiada getah. Tukarlah kepada seluar mengandung untuk keselesaan yang berpanjangan kerana seluar mengandung mempunyai butang dan getah yang boleh dilaras mengikut keselesaaan anda.

Baju mengandung sesuai untuk menyusu

Sebenarnya, beli baju mengandung yang sesuai untuk menyusu bayi merupakan satu pelaburan yang bijak. Anda masih boleh pakai baju tersebut walaupun selepas bersalin. Malah, mudah untuk menyusu bayi anda apabila berada di kawasan tumpuan orang ramai.

Corak garisan baju menegak

Untuk pengetahuan anda, corak garisan baju menegak lebih sesuai dipakai berbanding corak melintang serta corak besar. Boleh memberi ilusi ‘kurus’ kepada si pemakai.

Jika anda berminat untuk membeli pakaian mengandung terpakai, berkualiti serta murah, anda boleh layari Salaam Shop untuk maklumat lanjut. Banyak pakaian menarik menanti anda!

Sumber: Ummubelle