Bersalin merupakan satu proses yang amat ditakuti oleh ibu-ibu mengandung tetapi ia juga merupakan hari paling ditunggu-tunggu kerana si ibu bakal melahirkan penyambung keturunan atau legasi keluarga.

Bagi ibu yang baru pertama kali mengandung, anda pasti tidak tahu apa yang patut dilakukan sebelum melangkah ke dalam Dewan Bersalin, kan?

Seorang pengguna laman Facebook, Yasmin Hanani, berkongsi tips yang dipraktikkannya sebelum memasuki Dewan Bersalin.

Makan untuk tenaga semasa meneran

via GIPHY

Sambil melayan sakit contraction jika belum kerap (kita boleh agak the baby is coming), saya akan pastikan saya tidak kelaparan sebab saya perlukan energy untuk meneran.

Pergi ke tandas

via GIPHY

Setengah jam selepas makan, saya wajib ke tandas dan membuang apa yang patut agak tidak terbuang air besar ketika proses bersalin. Sebelum itu, makanlah makanan yang mudah hadam elakkan daging yang sukar dihadam. Wajib makan untuk tenaga tapi jangan makan telur mentah!

Mandi

via GIPHY

Biasanya saya akan mandi sebelum ke wad, sikat rambut dan berminyak, jika panjang, anda sanggul. Kadang-kadang sanggul boleh terlepas, maka lebih selamat anda jalin tocang jika rambut anda panjang. Gosok gigi jangan lupa! Emak saya memang pesan, bersihkan apa yg patut sebelum bersalin agar memudahkan urusan dan kerja doktor dan trimlah apa-apa yg wajib tu. Takkan nak suruh misi trim kan kot. Malu la cik kak. Pesanan itu memang saya wajib buat setiap kali ke hospital.

Tukar pakaian hospital yang bersih

via GIPHY

Selesai mandi dan mengemaskan rambut, saya akan tukar pakaian yang bersih, saya memang akan spare baju wad yang bersih takdela misi dan doktor pengsan dengan bau saya nanti. Jika anda pakai seluar mama pride, sediakan dua atau tiga seluar sebab jika seluar itu basah terkena air ketuban, maka anda boleh ganti dengan yang lain. Bersalin, baju kena kering dan bersih.

Serah barang berharga kepada pasangan

via GIPHY

Beri telefon bimbit dan bahan berharga kepada suami, bawa diapers sekeping sahaja dan duduklah atas wheelchair dan anda akan ditolak masuk ke bilik bersalin. Sambil-sambil ulang lah hafazan surah maryam anda. Tetapi lain hospital lain keperluan yang perlu dibawa. Jadi bertanyalah dahulu do’s and don’ts setiap hospital.

Jika anda berminat untuk membeli pakaian mengandung terpakai, berkualiti serta murah, anda boleh layari Salaam Shop untuk maklumat lanjut. Banyak pakaian menarik menanti anda!

Sumber: FB Yasmin Hanani