Percutian bersama keluarga memang menyeronokkan. Namun, perbelanjaan untuk bercuti bersama keluarga perlu dirancang teliti supaya anda dapat membawa seluruh ahli keluarga bercuti dengan selesa.

Gambar sekadar hiasan

Cuti umum semakin dekat, pasti ada di antara anda sudah membuat perancangan untuk bercuti. Mungkin lima tips di bawah ini membantu anda untuk membuat perancangan percutian dengan lebih jimat dan menyeronokkan.

1. Tinggal di rumah penginapan(homestay)

Gambar sekadar hiasan

Menginap di rumah penginapan lebih menyeronokkan berbanding hotel kerana anda dapat merapatkan silaturrahim bersama keluarga tanpa ada gangguan. Selain murah, anda juga boleh memasak di situ bersama keluarga. Bestnya!

2. Rancang waktu perjalanan

Gambar sekadar hiasan

Untuk menjimatkan minyak, apa kata anda rancang waktu perjalanan supaya tidak melalui jalan-jalan yang sibuk pada waktu puncak.

Selain itu, anda boleh tempah tiket kapal terbang pada awal pagi kerana tidak sesak selain harga yang lebih murah berbanding waktu lain.

3. Bawa bekal makanan siap-siap

Gambar sekadar hiasan

Sebenarnya, bawa bekal makanan lebih jimat berbanding makan di restoran. Anda boleh menikmati makanan semasa di dalam kereta atau berhenti di hentian rehat. Mesti seronok dapat makan beramai-ramai dengan keluarga.

4. Makan di restoran yang ada promosi

Gambar sekadar hiasan

Selain itu, terdapat banyak restoran menyediakan set makanan tengahari lengkap dengan air minuman di samping promosi makanan percuma untuk kanak-kanak jika anda membeli set makanan yang ada. Bukan takat jimat, perut pun kenyang!

5. Cari aktiviti yang tak guna banyak belanja

Gambar sekadar hiasan

Selalunya, tempat peranginan mempunyai aktiviti menarik dan percuma untuk tetamu terutama kanak-kanak. Anda boleh mencari maklumat lanjut semasa membuat tempahan supaya anda alert dengan aktiviti yang ditawarkan.

Di samping itu, bawa keluarga mandi-manda di pantai sambil berpiknik juga percuma yang anda boleh lakukan semasa bercuti.

Sumber: SirapLimau