Rambut merupakan mahkota bagi golongan perempuan. Oleh itu, kita harus menjaga rambut dengan baik walaupun berhijab.

Ramai hijabis menganggap penjagaan rambut tidak penting kerana mereka berhijab apabila keluar, tetapi tanggapan itu adalah salah.

Rambut akan rosak dan gugur jika anda tidak menjaganya dengan betul. Penjagaan rapi wajib dilakukan oleh golongan hijabis bagi memastikan rambut sentiasa sihat dan menawan.

1. Kenali jenis rambut

Kita sedia maklum setiap orang mempunyai jenis rambut yang berbeza. Kenali jenis rambut anda sama ada lurus, kerinting atau ikal mayang agar mudah untuk anda mencari produk rambut bersesuaian.

2. Jangan bungkus rambut dengan tuala

Ini kesilapan yang sering dilakukan oleh wanita kerana kebanyakan daripada mereka selalu membungkus rambut dengan tuala untuk membuatkan rambut cepat kering.

Sebenarnya, rambut anda akan jadi lebih teruk iaitu dengan menjadi kerinting dan bercabang. Keringkan secara semulajadi lebih bagus daripada balut seluruh kepala.

3. Jangan ikat rambut terlalu ketat

Bagi mereka yang berambut panjang, ikat rambut anda dengan tidak terlalu ketat agar dapat membolehkan rambut anda tumbuh dengan baik selain mengurangkan tekanan dan sakit kepala semasa bertudung.

4. Cuci rambut selang sehari

Untuk pengetahuan anda, seeloknya kita mencuci rambut secara berkala seperti selang sehari. Urut dan gosok kulit kepala semasa cuci rambut bagi merehatkan kepala.

5. Pastikan guna conditioner

Kalau rambut anda panjang melepasi bahu, seeloknya anda gunakan conditioner semasa mencuci rambut untuk merawat hujung rambut yang kering. Jangan pakai conditioner sehingga kena kulit kepala kerana nanti kulit kepala anda akan berminyak.

Sumber:InTrend