Menaiki bas eskpres bagi perjalanan jauh adalah memenatkan. Segelintir daripada penumpang bas tidak menjaga tingkah laku mereka apabila menaiki bas tersebut.

Seorang pengguna Facebook, Fahmi Nordin, berkongsi beberapa tips untuk penumpang bas yang tidak pandai menjaga tingkah laku semasa menaiki bas ekspres.

1. Bagasi/beg

Gambar sekadar hiasan

Pastikan luggage anda yang sebesar rak server tu disimpan di ruang luggage yang disediakan. Bukan bawak naik onboard. Bila penumpang lain terlanggar luggage awak tu, sila minta maaf sebab awak yang bebal bawak naik barang yang tak sepatutnya. Bukannya awak yang marah orang tu ya, ada yang kena tampo ni kang. Bawak hand carry bag sahaja untuk onboard please. Beg beso esbok, kotak air mineral, pokok kelapa, lembu semua tu tinggal bawah je.

2. Makanan

Gambar sekadar hiasan

Bawak jenis-jenis kudapan je ok la bang. Ni kau punya makanan macam nak berpiknik kat pantai mexico. Asam pedas siakap, rendang kambing minang, udang masak lemak cili api tu semua awak makan la kat rnr ataupun makan kat rumah je. Bukan apa, bau naik satu bas tu satu hal, kang bersepah kena orang lain lagi satu hal. Jangan buat muka bengis sangat bila orang tegur. Muka kau tak kena hempas ke cermin tingkap tu dah kira bersyukur la bang.

3. Penghawa dingin

Gambar sekadar hiasan

Kalau awak tu jenis tak tahan sejuk atau terlupa nak bawak jaket, pastikan awak tutup aircond betul-betul, bukannya tolak halfway pastu dia swing tembak orang sebelah. Bila orang sebelah mintak tolong tutup, tak perlu buat muka memberontak sangat. Kalau kena hentak kejap lagi baru kau tau arti penyesalan. Orang lain pun sejuk jugak.

4. Telefon bimbit

Gambar sekadar hiasan

Ya saya faham dalam bas bosan. Mainlah handphone tu takde sape marah. Tapi sila kenal dengan benda yang namanya earphones/headphones. Pergilah beli kat Mr. Diy kak, lima hengget je. Lagu kau dah la tak sedap, cerita kau tengok pon entah hape-hape. Satu lagi bila malam tu tolong kurangkan sikit brightness display tu, bukannya letak brightness level lampu stadium. Silau musibat. Kalau aku sumpit kornea kau kang baru kau menyesal nak jumpa dokter ismadi suruh buat operation mata.

5. Adab

Gambar sekadar hiasan

Tolong beradab bila bercakap. Orang lain pun bayar harga yang sama. Ni kau punya borak macam member kau tu dok kat bas lain pulak. Bila ada yang menegur tu sila tone down sikit, bukannya makin menganjing acah-acah deep nak sound balik.

Sumber: Fb Fahmi Nordin