Mencari makanan halal ketika melancong di luar negara terutama negara-negara yang mempunyai majoriti penduduk bukan Islam bukanlah mudah.

Malah, makanan halal di luar negara lebih mahal kerana kadar pertukaran matawang dan kerana tidak banyak permintaan.

Oleh itu, jika anda mahu berjimat dan dapat makan dengan kenyang, anda boleh memasak sendiri di hotel seterusnya dapat mengeratkan silaturahim antara keluarga atau rakan-rakan.

Berikut merupakan beberapa tips memasak semasa bercuti di luar negara:

1. Sedia satu beg khas untuk makanan

yanayonet.blogspot.com

– Asingkan beg untuk membawa makanan dan jangan campurkan dengan beg pakaian.
– Buat senarai barangan yang perlu dibawa untuk memudahkan pihak keselamatan memeriksa barangan.

2. Bawa makanan yang ada tulis ramuan di bungkusan

sususejat.com

– Sila pastikan makanan yang dibawa mempunyai maklumat ramuan di bungkusan kerana terdapat sesetengah negara tidak membenarkan pelancong membawa masuk produk kekacang, tenusu, madu, buah-buahan, bunga cengkih dan lain-lain lagi.

3. Tempah hotel jenis apartment

– Hotel jenis apartment mempunyai dapur masakan yang lengkap dengan kemudahan lain seperti peti sejuk, alatan memasak, kuali, periuk dan sebagainya.
– Jika was-was untuk menggunakan peralatan yang ada, anda boleh gunakan sabun samak untuk pastikan peralatan betul-betul ‘bersih’.

4. Cari kedai serbaneka terdekat

– Cari maklumat kedai serbaneka terdekat dengan tempat penginapan anda dan bagaimana untuk ke sana.
– Selain itu, cari maklumat sama ada kedai tersebut menjual barangan halal dan barangan Asia untuk memudahkan anda beli bahan-bahan sesuai untuk memasak.

5. Bawa pes segera masakan

kakimelancong.com

– Pes segera amat membantu bagi pelancong kerana dapat menjimatkan masa dan memudahkan anda menyediakan hidangan.
– Cari pes segera serbaguna yang boleh digunakan untuk pelbagai masakan jika anda tidak mahu membawa banyak pes masakan.

Sumber: Ibu Sambal