Kita sudah biasa mencari tips melancong sebelum ke destinasi yang dituju supaya dapat membuat senarai aktiviti, bajet, lokasi, hotel dan sebagainya.

Namun, tak semua tips yang kita tahu sebenarnya cukup untuk melancong ke luar negara. Ada beberapa perkara yang anda mungkin terlepas pandang atau tidak sangka ianya memberi impak dalam percutian anda.

Berikut merupakan beberapa tips melancong yang anda mungkin tidak tahu sebelum ini:

1. Ejen pelancongan

Sebenarnya, khidmat pemandu pelancong dari negara yang dituju sebenarnya lebih murah serta lebih arif mengenai selok-belok negara tersebut berbanding menggunakan khidmat pemandu pelancong daripada ejen tempatan.

2. Hari untuk bertolak

Selain itu, hari Selasa adalah hari yang terbaik untuk anda ‘terbang’ ke destinasi yang dituju kerana kebanyakan syarikat penerbangan menawarkan harga tiket lebih murah pada hari tersebut, menurut kebanyakan pakar pelancongan.

Malah, anda mungkin dapat menikmati diskaun harga sehingga 12 peratus jika anda melancong di dalam Eropah. Bestnya!

3. Daftar masuk bagasi

Anda boleh dapat beg paling awal jika anda menjadi individu terakhir yang mendaftar masuk bagasi. Besar kemungkinan anda boleh dapat beg paling awal berbanding orang lain selepas tiba ke destinasi yang dituju.

4. Tempah hotel dalam talian

Gambar sekadar hiasan

Anda mungkin fikir tempah hotel secara online lebih menjimatkan wang, tetapi hakikatnya ia mempunyak banyak caj dan cukai tersembunyi yang tidak ditunjukkan kepada pelanggan, menurut Money Saving Expert.

5. Tempat duduk paling selamat dalam pesawat

Kita sering tertanya-tanya tempat duduk manakah paling selamat jika menaiki kapal terbang kerana takut dengan berita-berita mengenai kapal terbang terhempas.

Menurut Civil Aviaton Authority, tempat duduk belakang adalah tempat duduk paling selamat jika berlaku kecemasan selain mempunyai peluang untuk hidup lebih tinggi.

Sumber: mStar