Melancong sepatutnya menjadi satu kenangan manis untuk kita kerana dapat berehat sambil belajar budaya baru di negara orang.

Sebenarnya, anda boleh melancong pada bila-bila masa jika duit tabung melancong anda sudah mencukupi untuk membeli tiket penerbangan destinasi pilihan anda.

Selain itu, anda juga boleh berjimat sambil melancong ke negara impian anda! Berikut merupakan lima tips melancong sambil berjimat yang sesuai untuk dilakukan:

1. Beli barang di pasar atau kedai tempatan

Membeli barangan di pasar atau kedai tempatan sebenarnya lebih murah berbanding tempat lain atau makan di restoran.

2. Cari tempat penginapan dekat dengan destinasi menarik

Tempat penginapan yang berhampirang dengan destinasi menarik dapat mengurangkan kos pengangkutan anda kerana anda boleh berjalan kaki sahaja untuk ke sana.

3. Bawa makanan atau minuman ringan semasa berjalan-jalan

Bawa makanan dan minuman ringan semasa bersiar-siar membantu anda berjimat kerana anda tidak perlu mengeluarkan wang untuk beli minuman jika dahaga.

4. Guna kad pelancongan bandar untuk diskaun

Anda boleh cari kad pelancongan bandar di lokasi percutian anda untuk dapatkan tiket percuma atau diskaun di restoran serta kedai-kedai terpilih.

5. Ikut senarai perbelanjaan yang telah dibuat

Untuk lebih selamat, anda boleh buat senarai perbelanjaan lebih awal dan ikut senarai tersebut agar dapat menjimatkan wang semasa melancong.

Sumber: mStar