Dalam Islam, kita digalakkan menjelajah atau mengembara ke negara orang untuk mencari ilmu dan pengalaman di atas bumi yang luas ini.

Kita boleh lihat ramai umat Islam pada masa kini gemar menjelajah dan banyak kemudahan disediakan untuk pelancong muslim walaupun terdapat Islamophobia di beberapa negara.

Berikut merupakan beberapa tips anda boleh guna untuk melancong ke negara bukan Islam dan sebagai persediaan awal untuk membawa barangan penting yang wajib dibawa:

1. Bawa kompas mini

kaskus.co.id

Solat merupakan tiang agama dan kita wajib menunaikan solat tidak kira di mana saja kita berada. Bawa kompas mini memudahkan anda mencari arah kiblat. Jika anda tiada kompas mini, usah risau kerana terdapat aplikasi kompas mini yang boleh digunakan untuk mencari arah kiblat.

2. Bawa roti sebagai bekalan

nona.my

Jika makanan halal sukar dicari di negara yang dilawati, anda boleh bawa roti dari Malaysia sebagai bekalan makanan.

3. Kaji tempat dituju

robertharding.com

Sebelum anda pergi ke negara yang dituju, lebih baik jika anda mengkaji tempat yang dituju terlebih dulu seperti budaya dan persepsi masyarakat di sana terhadap orang Islam. Anda boleh menyesuaikan diri dengan lebih cepat hasil kajian tadi.

4. Guna pengangkutan awam

thenextweb.com

Takut diganggu oleh orang tidak dikenali di negara orang kerana Islamophobia? Anda digalakkan menaiki pengangkutan awam kerana risiko diganggu oleh golongan ekstremis sebegini agak kurang apabila anda berada di tempat yang ramai orang.

5. Bawa telekung jenis parachute

anaspawanchik.blogspot.com

Untuk wanita muslimah pula, anda digalakkan membawa telekung jenis parachute kerana ia mudah lipat dan ringan serta memudahkan anda solat ketika dalam perjalanan.

Sumber: Majalah Labur