Bukan mudah untuk melancong bersama anak kecil kerana perangai mereka sukar dijangka lebih-lebih lagi berada di negara orang.

Namun, percutian bersama anak merupakan pengalaman paling indah jika kita dapat merancang perjalanan dengan teliti mengikut kesesuaian anak-anak. Berikut merupakan lima tips melancong bersama anak kecil:

1. Perlahankan rentak

Jika anda seorang ibu atau bapa muda, anda harus membiasakan diri dengan memperlahankan rentak perjalanan berbanding biasa kerana harus realistik dengan apa yang anda bakal lawati serta aktiviti yang ingin dilakukan sepanjang bercuti.

Elakkan merancang percutian terlalu padat dengan aktiviti kerana anda harus sesuaikan segala aktiviti dengan anak anda. Lebih kurang aktiviti, lebih banyak masa anda boleh nikmati bersama keluarga.

2. Lokasi hotel/apartmen

Seeloknya anda tempah hotel atau apartmen yang dekat dengan stesen bas atau stesen subway untuk mengelakkan anak-anak keletihan berjalan terlampau jauh.

Selain itu, tempah hotel atau apartmen berhampiran tempat yang anda ingin lawati, mudah mendapatkan makanan dan selamat untuk keluarga anda.

3. Sewa apartmen

Difahamkan, kebanyakan hotel di bandar besar tidak menyediakan bilik untuk keluarga atau bilik keluarga sangat terhad di samping mereka hanya membenarkan anda berkongsi bilik dengan maksimum dua orang anak di bawah umur 10 tahun dalam satu bilik.

Jika mahukan keselesaan, anda boleh menyewa apartmen atau homestay yang ada di lokasi yang ingin dituju. Lawati laman web HomeAway untuk dapatkan deals yang menarik.

4. Bajet

Tentukan bajet percutian dengan betul terutama lokasi penginapan, pengangkutan, mahu makan di mana, tempat ingin dilawati dan sebagainya. Seeloknya anda simpan duit lebih untuk kecemasan semasa bercuti.

5. Bawa mainan

Anda harus memberi kebenaran kepada anak anda bawa alat mainan atau anak patung kesayangan mereka untuk menenangkan mereka jika mereka tiba-tiba menangis atau tiada mood.

Sumber: Andrewsalin.com