Memandangkan ramai yang akan mula bercuti pada hari esok sempena Hari Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, mesti ada yang mengambil cuti panjang untuk pulang ke kampung halaman sehingga cuti Tahun Baru Cina minggu depan.

Sebelum anda memulakan perjalanan balik kampung bersama keluarga tersayang, anda harus melakukan beberapa tips keselamatan rumah di bawah ini untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku semasa ketiadaan anda.

1. Buka kepala tong gas

dukulangsat.com

Jangan lupa buka kepala tong gas sebelum keluar dan juga jangan biarkan injap gas terbuka. Ini bagi mengelakkan sebarang kebakaran berlaku tanpa disedari.

2. Tutup punca kuasa elektrik

creativehomex.com

Selain itu, anda juga harus memeriksa semua plug di rumah dan cabut daripada soket. Apa salahnya kita lakukan langkah keselamatan ini agar dapat terhindar daripada berlakunya litar pintas.

3. Buka lampu dalam rumah

hellosehat.com

Langkah ini amat penting jika anda balik kampung dalam tempoh yang agak lama seperti seminggu. Anda boleh set lampu untuk dibuka pada waktu malam jika ada automatik suis. Orang yang berada di luar rumah pasti tidak mengesyaki anda sebenarnya tiada di rumah.

4. Simpan barang berharga di tempat selamat

aimisyahirah.com

Perkara paling merisaukan pastinya meninggalkan barangan berharga di rumah tanpa pengawasan kita dalam tempoh yang lama. Simpan barangan berharga anda di tempat yang selamat jika ada seperti peti besi atau bawa sekali barang berharga bersama anda untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

5. Maklumkan kepada jiran

dukulangsat.com

Terakhir sekali, maklumkan kepada jiran bahawa anda mahu pulang ke kampung dalam tempoh beberapa hari dan minta pertolongan mereka untuk menjenguk kediaman anda sepanjang ketiadaan anda.

Sumber: Hanasuva