Golongan wanita bertudung pasti akan mengalami masalah utama ini, iaitu anak rambut atau rambut terkeluar di tepi tudung apabila memakai tudung seharian.

Kadangkala, ada yang mengalami anak rambut terkeluar walaupun baru saja memakai tudung seterusnya membuatkan si pemakai berasa tidak selesa, tidak nampak kemas dan rimas.

Oleh itu, kami kongsikan lima tips untuk mengelakkan anak rambut atau rambut terkeluar daripada tudung di bawah ini:

Gunakan bobby pin, klip rambut atau cekak getah

howtodowell.com

Anda boleh menggunakan bobby pin, klip rambut ataupun cekak getah supaya rambut sentiasa dalam keadaan rapi pada setiap masa. Ingat, jangan pin terlalu ketat nanti rambut anda akan tertarik. Sakit tau!

Pakai anak tudung ataupun bandana

google.com

Sesetengah wanita bertudung tidak menggemari memakai anak tudung kerana berasa leceh atau tidak selesa, namun percayalah memakai anak tudung akan membuatkan tudung anda ‘terletak’ dan tidak bergerak selama anda memakainya. Pilih anak tudung yang menutup leher sekali serta pakai cekak getah supaya rambut anda kemas sebelum memakai tudung.

Selain itu, anda boleh memakai bandana semasa bersukan kerana ia menyerap peluh selain tidak menampakkan rambut sekiranya tudung anda basah disebabkan berpeluh.

Periksa gaya potongan rambut anda

youtube.com

Jika anda mempunyai rambut yang panjang dan layer, apa kata anda cuba ikat tocang untuk mengelakkan daripada rambut terkeluar semasa memakai tudung. Yela, kadang-kadang dah pakai klip rambut, cekak getah pun rambut masih ‘degil’ nak keluar.

Pakai tudung instant dan inner neck

naelofar.com

Lebih senang, anda beli tudung instant yang mempunyai anak tudung jenis inner neck. Selalunya, tudung jenis instant yang disertakan anak tudung sekali ini lebih selesa dan senang untuk dipakai.

Penggunaan inner neck diikat ke belakang

alhumaira.com

Golongan wanita bertudung atau hijabista mesti ada anak tudung yang mempunyai tali di bahagian kanan dan kiri. Ikat anak tudung dengan kemas di bahagian belakang dan rambut anda akan kekal terletak sepanjang memakai tudung. Senang kan?

Sumber: Hijabista