Bulan puasa melatih diri kita untuk menahan lapar dan dahaga di siang hari, mengawal kuantiti makan apabila berbuka, melatih diri untuk bangun sahur dan sebagainya.

Malah, puasa juga akan membuatkan mulut kita kering seterusnya menjadikan bau mulut lebih kuat. Berikut merupakan lima tips untuk anda elak mulut berbau semasa puasa:

1. Memberus gigi dan lidah

Kita harus memberus gigi dengan lebih teliti supaya sisa makanan di celah gigi hilang. Benang flos boleh digunakan jika perlu dan jangan lupa berus lidah sekali ya!

2. Minum air

Ramai yang ambil mudah mengenai tips ini tetapi sebenarnya ia membantu anda untuk mengurangkan bau mulut. Minum air dalam kadar yang banyak dapat menjaga keseimbangan air dalam badan serta membantu dalam menghasilkan air liur yang banyak.

3. Keju & susu

Makan keju sebenarnya membantu mengurangkan karang gigi dan meningkatkan penghasilan air liur sementara minum susu pula dapat mengatasi bau mulut yang kurang menyenangkan.

4. Pemakanan

Pemakanan juga harus dijaga kerana ada beberapa jenis bahan masakan mendorong kepada nafas berbau seperti bawang putih dan kopi. Makanan bertekstur keras pula dapat membersihkan bahagian lidah paling belakang seperti buah epal, cereal dan kekacang.

5. Pemeriksaan doktor

Jika anda mempunyai nafas yang berbau terlalu kuat dari biasa, mungkin anda perlu berjumpa doktor gigi untuk ketahui punca sebenar.

Sumber: Eh! Malaysia