Barang ‘preloved’ atau barang terpakai mempunyai pengikutnya yang tersendiri walaupun ia merupakan barang yang telah dipakai oleh orang lain.

Untuk pengetahuan anda, barang ‘preloved’ bermaksud barang yang pernah disayangi. Yela, kadang-kadang kita ada beberapa barang disayangi dan masih dalam keadaan elok namun sudah tidak dipakai lagi.

Selalunya, barang-barang tersebut kita akan jual semula pada harga murah ataupun separuh harga daripada harga asal. Ada juga barang preloved yang masih kelihatan seperti baru. Jangan anggap barang preloved ni barang tidak elok ye.

Oleh itu, kami kongsikan lima tips bagaimana untuk memilih atau membeli barang preloved bagi anda yang baru berjinak-jinak mahu membeli barang preloved ini:

Jenis barang/kain

via GIPHY

Kenali dahulu barang jenis apa yang anda mahu beli sama ada pakaian atau barangan lain seperti barangan elektrik, mainan kanak-kanak, perabot dan banyak lagi.

Saiz

via GIPHY

Saiz memainkan peranan yang penting apabila anda membeli pakaian preloved. Mungkin dari dalam gambar kelihatan sesuai dengan saiz anda, tetapi tidak muat pula apabila ia sampai ke tangan anda.

Tiada pulangan duit apabila anda telah membeli barangan preloved ya. Jadi, pastikan anda ukur saiz dan buat keputusan yang tepat sebelum membayar.

Kualiti

via GIPHY

Kita sedia maklum bahawa kualiti barangan terpakai ini tidak sama seperti kualiti barangan baru. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa istilah anda boleh rujuk jika mahu membeli barangan preloved iaitu:

Excellent Condition: Barang berada dalam keadaan baik tanpa sebarang kecacatan.
Like New:
Barang masih dalam keadaan bagus namun sudah digunakan.
Very Good Condition:
Visual barang nampak seperti sudah digunakan tetapi dalam keadaan baik.
Need Spa:
Barang itu perlu dibaiki.

Harga

via GIPHY

Selalunya, harga barangan preloved sememangnya lebih murah daripada harga pasaran. Contohnya, jika anda beli barangan elektrik terpakai, ia lebih berbaloi kerana anda dapat barang berkualiti dengan harga murah. Jimat kan?

Gambar

via GIPHY

Sebagai pembeli, anda berhak untuk meminta gambar sebenar barang yang mahu dibeli daripada pemilik barang tersebut. Ia bertujuan untuk anda menilai dengan betul barangan yang hendak dibeli selain mengelakkan anda ditipu oleh scammer.

Sumber: Arona Malaysia & Siinurul