Bergaji besar atau tidak bukan penentu banyaknya tabungan seseorang. Ada kajian menunjukkan mereka yang bergaji sederhana mungkin lebih banyak simpanan.

Menabung memerlukan disiplin dan juga perancangan kewangan dengan cermat. Banyak teknik mudah yang boleh dipraktikkan bagi mereka yang agak liat untuk menabung.

1. Menabung dengan konsisten

pinterest.com

Asingkan 10% dari gaji anda setiap bulan. Lebih baik sekiranya potongan gaji dibuat dan dimasukkan terus ke dalam simpanan seperti Tabung Haji, ASB dan lain-lain lagi.

2. Pantau pengeluaran ATM

noisebreak.com

Sentiasa kawal pengeluaran wang melalui ATM. Tetapkan jumlah yang diperlukan dan pastikan amaun yang diambil tidak terlalu banyak dan terlalu sedikit.

3. Buat belanjawan atau bajet keluarga

brainkart.com

Bajet kewangan akan membantu anda menggunakan wang sebaiknya. Anda boleh memantau corak perbelanjaan dan boleh membantu anda untuk berjimat.

Kaedah ini akan membantu anda untuk tidak ‘pokai’ sementara menunggu gaji seterusnya.

4. Sediakan senarai membeli-belah

sunnydayfamily.com

Sebelum keluar membeli barangan keperluan pastikan senarai sudah tersedia. Hanya beli barangan yang ada dalam senarai. Tahan nafsu berbelanja supaya anda tidak terbeli barangan yang bukan keperluan kerana tergoda dengan jualan murah.

5. Kurangkan keluar rumah

francehotelguide.com

Window shopping merupakan perkara paling bahaya sekali terutamanya bagi kaum wanita. Pada mulanya, tengok-tengok sahaja, dan tiba-tiba anda akan pulang dengan sepasang baju, dua helai tudung, dan seutas beg tangan!

Belum lagi campur duit petrol, bayaran parking, makanan dan sebagainya.

Menabung bukanlah perkara yang mudah. Anda perlu kentalkan hati dan latih diri supaya menjadi disiplin.

Sumber: Intrend.Com.My