Golongan wanita yang gemar bermekap pasti lebih berhati-hati dalam menjaga kulit muka agar sentiasa sihat. Jika anda mengalami kulit kering dan tidak tahu punca ia terjadi, mungkin anda boleh semak lima penyebab kulit kering di bawah ini:

  • Kurang minum air kosong/putih

via GIPHY

Walaupun puasa, itu bukan alasan tak minum air secukupnya. Anda harus minum sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

  • Tak pernah guna pelembap kulit

via GIPHY

Pelembap kulit amat penting untuk kulit anda dan dapat mengelakkan kulit daripada kering. Jangan malas pakai pelembap kalau nak kulit cantik.

  • Selalu guna skrub

via GIPHY

Skrub sememangnya bagus untuk membuang sisa kulit mati di wajah kita. Namun, ia akan membuat iritasi kepada kulit anda jika anda terlalu kerap menggunakannya. Satu atau dua kali seminggu dah cukup.

  • Sering basuh muka guna air suam

via GIPHY

Kadang-kadang kita terlupa dan mungkin terlalu sejuk sampai mahu mencuci muka menggunakan air suam. Seeloknya gunakan air sejuk kerana ia dapat menutup liang pori di muka anda serta membuatkan kulit nampak bersih dan segar.

  • Guna penjagaan kulit yang tak sesuai

via GIPHY

Agak bahaya juga bila kita salah menggunakan penjagaan kulit muka. Antaranya kulit akan menjadi kering. Jadi, cepat-cepat hentikan penggunaan penjagaan kulit tersebut sebelum ia menjadi bertambah teruk.

Sumber: Hijabista